Kelihatan Seperti Bodybuilder
Bagaimana kelihatan sebagai seorang ahli bina badan tanpa perlu buat latihan dan diet yang teruk? Kaedah ini tidak menjadikan anda berketul-ketul seperti mereka, tetapi boleh buat orang percaya, anda mungkin seorang ahli bina badan.
1. Pakai Baju Makanan Tambahan
Pergi ke mana-mana pakai baju suplemen bina badan. Ia membawa imej, anda memakai produk berkenaan. Contohnya seperti baju Nitrotech, Animal, Optimum Nutrition dan sebagainya. Cuma, bukan baju Herbalife.
2. Gambar Makanan Sihat
Letakkan gambar di media sosial seperti facebook atau instagram, kononnya menunjukkan anda jaga makan, walaupun mungkin sekali seminggu sahaja anda makan makanan yang sihat.
3. Gambar Senaman
Jangan lupa tangkap gambar setiap kali sebelum bersenam di gimnasium, walaupun anda hanya ke gim untuk tonton televisyen di sana. Letakkan juga di media sosial.
4. Jalan Mengepak
Jalan kena mengepak, konon menunjukkan anda besar. Langgar semua orang di hadapan jika mereka masih tidak sedar anda. Masalah ini digelar invisible lat.
5. Bawa Shaker ke Mana-mana
Tunjuk pada orang ramai, anda sentiasa minum susu ajaib untuk besarkan badan. Makanan tambahan sentiasa jadi minuman ruji anda.
6. Tonton Rancangan Bina Badan
Jika anda di tempat kerja atau kelas, ambil peluang tonton rancangan atau video workout. Ini menunjukkan betapa serius anda dalam bina badan. Sambil tonton video, sambil tulis di dalam buku nota seolah-olah anda sedang mengambil sedikit tip daripada video tersebut.
7. Sizing Sepanjang Tahun
Setiap kali makan dalam kuantiti yang banyak, bagitau orang ramai, anda sedang sizing. Sepanjang tahun sizing, taktahu lagi bila nak bakar lemak.
Artikel Asal di
http://broscience.co/6-best-ways-to-look-like-a-bodybuilder-without-training/






