Kembali ke Gim

Senaman apa nak buat setelah rehat 3 bulan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memaksa penutupan gym? Esok 15 Jun adalah hari pertama gim dibuka kembali dengan kawalan di perketat seperti limitasi masa dan orang di gim.
Mulakan dengan senaman mudah seperti anda pertama kali bersenam di gym, mencuba semua mesin dan peralatan di gym. Buat 25 ulangan untuk setiap mesin untuk 3 set. Anda juga boleh buat dalam bentuk latihan litar. 1 minit setiap mesin atau stesen. Masa rehat 30 saat di antara stesen. Tak perlu paksa diri pada minggu pertama latihan walaupun terlalu seronok memulakan kembali latihan. Dikuatiri ia jadi hari pertama dan terakhir untuk bulan Jun ini.
Bagi badan anda masa sekitar 2 hingga 3 minggu untuk kembali ke tahap hampir sama bagaimana anda berhenti sebelum PKP. Memang hampir mustahil untuk terus dapat ke tahap tersebut dalam masa 2 hingga 3 minggu akan tetapi badan anda boleh mengejar dengan lebih pantas disebabkan ada memori otot.
Tambahkan hari berehat. Mungkin buat senaman selang sehari berbanding setiap hari sebelum ini. Atau pun 2 hari berehat jika sebelum ini berehat sehari. Jadi badan ada boleh pulih dengan lebih baik. Anda akan alami apa yang dipanggil sebagai DOMS atau pun delay onset muscle soreness setelah sekian lama tak bersenam.
Anda boleh mula kembali menjaga pemakanan anda. Tidak perlu terlalu drastik. Mulakan dengan pengurangan pengambilan gula dalam diet harian anda. Kira berapa keperluan kalori diperlukan anda dengan corak latihan terkini.
Lihat entri Pelan Pemakanan untuk cara kira kalori.
Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalani kehidupan aktif dengan senaman. Jaga batas kita dengan norma baru kehidupan kini. Sentiasa jaga kebersihan. Ikut peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan covid-19 di gimnasium pula. Kita taknak selepas ini wujud kluster gim dan akhirnya gim dipersalah masyarakat kita.
Salam dato`. Bila masa sesuai makan multivitamin?
wslm. paling senang. pagi.