Kenali Barbel Anda

Bagaimana beli barbell terbaik sesuai dengan keperluan kita? Jom kita tengok kepelbagaian jenis barbell atau barbel bermula dengan anatominya.
Anatomi
Shaft: Panjang utama barbel
Sleeve: Bahagian barbel tempat anda memasukkan bebanan
Bearing& Bushing: Mekanisme yan terletak di dalam barbel yang membenarkan sleeve berpusing atau tidak
Collar: Mencegah bebanan daripada bergerakke shaft
Knurling: Corak silang di atas shaft untuk cengkaman lebih baik
Knurling Mark: Penanda dalam bentuk cincin licin kira-kira 36 inci jarak
Endcap: Plastik atau logam bulat di hujung sleeve.

Dimensi
Panjang: Bermula daripada 4 hingga 8 kaki. Paling biasa 7 kaki 2 inci. Kalau di Malaysia biasa jual dalam meter, 1.2 meter, 1.5 meter, 1.8 meter dan 2.2 meter.
Diameter: Dalam lingkungan 25 hingga 32 .milimeter. Biasa 25mm untuk perempuan dan 28mm untuk lelaki.
Berat: Biasa 20kg atau 45lb. Power bar boleh cecah 25kg atau 55lb. Bar buatan China yang murah biasanya tak sampai 20kg, mungkin sekitar 16.5kg bergantung pada pembuatannya.
Kekuatan Tensile
Antara 120,000 ke 230,000 lb per square inch (PSI). Di Malaysia jarang guna unit PSI, tapi guna Max Load. Kebanyakan barbel murah boleh tampung sekitar 150 hingga 200kg sahaja.
Jenis Barbel
Standard/Hybrid Barbell
Barbel ini digunakan di kebanyakan gim di Malaysia. Kategori ini pun ada pelbagai kualiti bergantung pada beban maksima boleh ditampungnya. Harga daripada 150 ke 6000 Ringgit Malaysia bergantung pada kualiti, jenama dan kekuatan tensilnya.

Power Bar
Ini dah masuk kategori istimewa, direka untuk kegunaan powerlifting. Knurling-nya lebih tajam dengan kekuatan tensil yang tinggi. Harga sekitar 900 ke 6,000 Ringgit Malaysia bergantung pada kualiti, jenama dan kekuatan tensil.

Deadlift Bar
Barbel ini direka untuk pergerakan deadlift. Sleeve-nya lebih panjang untuk isi lebih bebanan. Panjang barbel cecah 92 inci. Knurling-nya lebih kasar. Harga sekitar 1,000 ke 6,000 Ringgit Malaysia bergantung pada kualiti, jenama dan kekuatan tensil.

Squat Bar
Squat pun ada barbel khas. Ianya lebih panjang dari deadlift bar mencecah 95 inci. Biasanya berat 25kg atau 55lb. Harga sekitar 1,000 ke 6,000 Ringgit Malaysia bergantung pada kualiti, jenama dan kekuatan tensil.
