Kardio Boleh Menghilangkan Otot?

Kardio tidak langsung menghalang pertumbuhan otot, tetapi mempermudahkannya!

Ramai orang yang hanya melakukan latihan beban lalu mengabaikan kardio. Hal ini kerana menurut mereka, kardio boleh mengurangkan pertumbuhan otot.

Soalannya, betulkah kenyataan tersebut?

Jawapan ringkasnya, tidak. Namun, sebaliknya yang akan terjadi. Kardio mempercepat pertumbuhan otot.

Terdapat satu kajian dilakukan di Universiti Mid Sweden. Dua kumpulan dibahagikan. Kumpulan A melakukan senaman berbasikal dan leg extension. Manakala, kumpulan B hanya melakukan leg extension sahaja.

Kumpulan A melakukan kardio dan latihan beban manakala kumpulan B hanya melakukan latihan beban.

Kajian tersebut memperlihatkan pertumbuhan otot kumpulan A lebih signifikan berbanding kumpulan B. Pertumbuhan otot kumpulan A lebih cepat berbanding kumpulan B.

Kursus Kecergasan 2024

Mengapa hal ini berlaku?

Kardio dapat meningkatkan jumlah kapilari dalam badan dengan lebih pantas. Disebabkan itu, oksigen, nutrisi dan hormon akan dibawa ke seluruh badan dengan lebih cepat juga. Hasilnya, otot akan tumbuh dengan lebih signifikan.

Hal ini berbeza dengan tanpa kardio.

Justeru, jangan tinggalkan kardio. Ada permainan bola sepak pada hujung minggu, pergilah sertai. Nescaya, ia baik untuk pertumbuhan otot kita.

Rujukan

  1. Will cardio burn muscle? https://www.menshealth.com/uk/building-muscle/a749619/will-cardio-burn-muscle/
  2. Does Cardio Burn Muscle? What You Need to Know. https://blog.lionel.edu/does-cardio-burn-muscle#:~:text=The%20simple%20answer%20is%20no,clients%20for%20their%20cardio%20workout.
  3. Can Cardio Burn Muscle? (Yes, Here’s How). https://fitbod.me/blog/can-cardio-burn-muscle/
Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: