Kepentingan Teras Badan dan Bagaimana Hendak Menguatkannya?

Teras badan yang kuat dapat meimbangkan seluruh badan dan mengurangkan risiko kecederaan

Nama pun teras badan. Ia merupakan “teras” bagi keseluruhan badan kita. Ia juga berada di pusat badan. Teras badan merangkumi perut, pinggang dan belakang bawah badan kita. Kita perlu sedar bahawa setiap pergerakan badan kita melibatkan teras badan. Sama ada kita bermain bola (senaman kardio) ataupun melatih beban.

Kursus Kecergasan 2021

Fungsi utama teras badan ialah mengimbangkan seluruh badan. Tenaga yang dibawa dari bawah badan ke atas dan sebaliknya akan menjadi lebih mudah dan pantas sekiranya teras badan kita kuat.

Apatah lagi bilamana kita bermain sukan-sukan yang melibatkan pergerakan eksplosif satu badan seperti seni bela diri, ragbi, strongman dan sebagainya. Pergerakan yang laju memerlukan teras badan yang kuat.

Kita ambil contoh Bruce Lee. Mengapa beliau mampu menumbuk pada jarak 1 inci dengan begitu kuat sekali?

Selain daripada teknik, teras badan beliau tidak lain dan tidak bukan adalah sangat kuat. Sebab itulah seluruh badannya begitu fleksibel dan tangkas melemparkan serangan.

Begitu juga dengan yang lain-lain. Sekiranya anda mahu menendang bola (bola sepak) dengan kuat, anda perlu menguatkan teras badan anda. Nescaya, seluruh badan anda akan seimbang.

Risiko untuk cedera juga akan menjadi kurang bilamana teras badan kuat.

Selain daripada sukan, teras badan juga penting untuk melakukan pekerjaan harian kita seperti mengangkat barang, menyapu sampah, menyusun sofa dan lain-lain.

Postur badan kita juga akan kelihatan cantik dengan teras badan yang kuat.

Senaman-senaman untuk menguatkan teras badan 

Bagi senaman beban, anda boleh melakukan semua senaman yang menyasarkan abdomen anda seperti sit up, plank, bridge dan sebagainya.

Akhir

Untuk mengelak risiko kecederaan, anda perlu menguatkan teras badan anda. Bukan itu sahaja, prestasi anda sebagai seorang atlet amnya juga akan meningkat.

 

Rujukan

  1. Core exercises: Why you should strengthen your core muscles. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/in-depth/core-exercises/art-20044751#:~:text=Strong%20core%20muscles%20help%20athletes,back%20pain%20and%20muscle%20injuries.
  2. Core Stability: What Is It and Why Is It Important https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2018/07/core-stability

  3. The real-world benefits of strengthening your core. https://www.health.harvard.edu/healthbeat/the-real-world-benefits-of-strengthening-your-core

  4. 11 Benefits of a Strong Core. https://www.healthline.com/health/core-strength-more-important-than-muscular-arms

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: