Kenali Dan Perbaiki Cara Berjalan Dengan Baik

Berjalan dengan baik adalah aktiviti fizikal yang penting untuk keupayaan kita untuk pergi ke tempat dan melakukan sesuatu. Kita perlu mengekalkan keupayaan kita untuk berjalan dengan baik selama mungkin. Apabila kita berasa lebih cergas, kita lebih gembira berjalan untuk keluar ke tempat yang diingini, menjalankan tugas , menunaikan ibadat seperti haji dan umrah atau berjalam untuk minat seperti bercuti, mengembara dan mendaki.Berjalan kaki memboleh Kita bolan kita melihat lebih ramai orang yang kita sayangi, meneroka tempat baharu dan berhubung dengan alam semula jadi. Kita boleh menikmati dunia di sekeliling tanpa bimbang atau sakit. Ia membawa kita keluar dari rumah dan boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Kursus Kecergasan 2025

Cara berjalan dengan posture yang betul

Pemandangan biasa pada zaman sekarang apabila ramai orang jalan menunduk, tidak hanya pada dewasa, remaja dan kanak-kanak tidak berkecuali, seperti ilustrasi yang dibuat oleh Public Health Malaysia ini. Adakah masyarakat tahu bahawa postur ini akan memberikan kesan tidak baik kepada badan? Kita perlu tahu postur corak berjalan dengan betul dan perlu sampaikan kepada generasi muda untuk mengurangkan risiko rasa sakit. Malah 1 fakta yang anada perlu tahu berjalan sambil menggunakan telefon bimbit akan mengurangkan kelajuan berjalan, panjang langkah dan fasa melangkah.No photo description available.

Cara berjalan dengan postur yang betul

Berjalan dengan baik termasuk postur kita dan keseluruhan teknik berjalan kita. Mengambil sedikit masa untuk belajar dan berlatih berjalan dengan baik akan membantu anda untuk beberapa tahun yang akan datang.  Kesedaran postur sanagat perlu terutama pada pesakit, memperbaiki postur dapat mengurangkan kesakitan pada pesakit yang mengalami sakit tulang belakang atau bahu.

1 – Postur

Pastikan kepala anda tegak, memandang ke hadapan. Dagu anda hendaklah dalam kedudukan neutral, tidak mendongak  atau terlalu menunduk. Bahu anda kekal ke belakang dan santai, tidak membongkok.

2 – Langkah

Bukaan kaki seluas bahu, dan langkah anda seharusnya seimbang. Jangan melangkahkan kaki terlalu lebar atau terlalu sempit dan tapak kaki jalan ke arah dalam atau keluar. Kedudukan tapak kaki yang betul adalah C dan D. Bayangkan ada garisan trek di hadapan anda dan anda ikut garisan tersebut.

3 – Lengan

Apabila berfikir tentang berjalan, kebanyakannya kita hanya terlintas ia hanaya menggunakan yang kaki. Berjalan harus menjadi aktiviti seluruh badan, dan penggunaan tangan sangat penting untuk memperbaiki cara berjalan. Bengkokkan sedikit siku dan hayun tangan di sisi tubuh badan. mengikut langkah kaki dari dari pinggang anda ke hadapan dada anda, Lengan bawah anda harus setakat pinggul anda untuk memastikan langkah anda ke hadapan. Tangan Anda seharusnya sanati hindari mengayunkan lengan terlalu jauh ke depan atau terlalu tinggi.

Bentuk lengkungan kaki

Seseorang yang mempunyai tapak kaki rata mungkin menghadapi risiko salah postur kerana apabila lengkungan kaki jatuh ke tanah menyebabkan tulang kering (tibia) dan tulang peha berpusing ke dalam. Ini memberi tekanan pada buku lali, lutut, pinggul dan bahagian bawah belakang. Risiko ketidakseimbanagn postur akan meningkat jika terdapat tekanan tambahan terutamanya jika terdapat aktiviti yang dibuat secara berlebihan . Beberapa tanda postur yang lemah termasuk lutut kelihatan bengkok ke dalam, pinggul condong ke hadapan dan punggung jatuh.

Jika anda gagal mendapatkan postur ini , ia boleh juga juga boleh memberi kesan bhagian belakang atas, bahu dan kepala. Ini boleh menjejaskan penampilan keseluruhan seseorang dan menurunkan keyakinan diri mereka. Dalam jangka panjang, masalah postur boleh menyebabkan sakit sendi, arthritis dan ketegangan otot sambil meningkatkan risiko kecederaan semasa aktiviti fizikal dan sukan.

Selain itu, Penurunan dorsiflexion (keupayaan untuk mengangkat bahagian depan kaki anda ke atas), fleksi lutut (bengkok), dan fleksi pinggul (mengangkat paha) yang menjadikannya lebih sukar untuk mengayunkan kaki anda melalui setiap langkah. Kelemahan pinggul dan/atau paha depan, mengakibatkan kestabilan lutut berkurangan. Kekakuan sendi atau kekejangan/kekejangan otot mengehadkan julat pergerakan.

Teknik Berjalan

Teknik berjalan yang betul seharusnya membolehkan saling bersambung antara kaki dan buku lali serta melalui pinggul. Punca biasa otot belakang tidak bekerja disebabkan otot punggung konsentrik.

  1. Cara berjalan yang betul, kaki anda harus menolak dari tanah, bukan meluncur atau seret kaki. Tumit kaki anda harus mencecah tanah dahulu sebelum bahagian lain kaki .
  2. Dari tumit anda, tekan perlahan kaki sepanjang tapak kaki hingga ke hujung kaki.
  3. Tolak dengan jari kaki anda, gunakan tenaga daripada sendi dan otot kaki bawah anda.
  4. Kekalkan pergelangan kaki yang santai dan biarkan kaki anda melentur secara semula jadi semasa menolak untuk pemindahan berat badan yang lancar dan terkawal dari kaki berdiri ke kaki berayun untuk mengekalkan kelajuan berjalan yang konsisten.
  5. Sentiasa letakkan sekurang-kurangnya satu kaki di atas tanah. Fokus pada langkah yang lebih cepat dan bukannya lebih lama. Elakkan menampar tanah dengan kaki anda dan tumpukan perhatian pada melancarkan pergerakan.

Video cara berjalan dengan betul

RUJUKAN

  1. The effects of walking posture on affective and physiological states during stress, PMID: 30261357
  2. Do slumped and upright postures affect stress responses? A randomized trial, PMID: 25222091
  3. Postural awareness and its relation to pain: validation of an innovative instrument measuring awareness of body posture in patients with chronic pain, PMID: 29625603
  4. Texting and Walking: Strategies for Postural Control and Implications for Safety, PMID: 24465402

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: