Kenapa Otot Dada Tidak Berkembang? Lima Kemungkinan!

Otot tidak berkembang mungkin kerana kurang rehat, beban ringan dan sebagainya

Kita sudah melakukan latihan beban lama. Tetapi, dada kita tidak menunjukkan hasil yang diinginkan. Apa yang menjadi masalahnya?

Ini terdapat lima kemungkinan:

  • Tidak panaskan badan

Menurut kajian, otot yang panas mampu menghasilkan daya yang lebih tinggi. Bukan itu sahaja, mobilitinya juga lebih bagus.

Sebab itu, jangan terlupa atau tinggalkan untuk memanaskan badan sebelum melakukan latihan beban. Ia akan memberi kesan yang jauh berbeza.

Otot yang panas, prestasi lebih bagus.

Lakukan kardio atau set yang ringan-ringan dahulu dengan repetisi yang tinggi.

  • Perlahankan tempoh angkat beban

Jangan laju-laju ketika melakukan latihan beban. Berikan otot lebih masa untuk intensiti yang tinggi. Ini dinamakan TUT atau time under tension.

Jangan pula terlalu perlahan. Perlahan biasa sahaja, contohnya, ketika mengangkat beban 3 saat dan melepaskan beban 2 saat.

Memperlahankan tempo mengangkat beban akan menghasilkan protein sintesis yang baik.

  • Tidak cukup berat

Beban yang kita angkat itu mungkin perlu ditingkatkan lagi.

Pastikan beban yang diangkat itu betul-betul kita mampu angkat sebanyak 6 hingga 12 repetisi sahaja.

Kalau beban itu kita mampu buat lebih daripada 12 repetisi, mohon dinaikkan lagi.

Pakar mengatakan 6-12 repetisi merupakan kadar yang paling sesuai untuk hipertrofi.

  • Hubungkan fokus kepada otot

Ini juga dinamakan mind muscle connection. Tanpa fokus kepada otot yang menjadi sasaran tidak akan memberi hasil yang maksimum kepada otot itu sendiri.

  • Mungkin tak cukup rehat

Rehat yang cukup merupakan perkara yang sangat penting. Ia memberi ruang kepada otot untuk berkembang.

Tanpa rehat yang cukup, otot juga tidak akan berkembang. Biasalah, mungkin kita terlebih semangat melakukan latihan beban.

Tetapi, harus beringat.

Rujukan

  1. 5 Reasons Why Your Chest Isn’t Growing. https://www.menshealth.com/uk/building-muscle/a756124/5-reasons-why-your-chest-isnt-growing-hold/
Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: