Kenapa Paru-paru Berdarah? Situasi Terkini Nad Zainal

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita mengenai pelakon tanah air, Nad Zainal yang tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Buat masa ini dilaporkn stabil dan perlu berehat, menurut mStar. Ada yang kata disebabkan ubat kurus diambilnya. Macam-macam spekulasi timbul. Saya taknak komen tentang itu, cuma nak cerita kondisi paru-paru berdarah.
Apakah puncanya?
Peparu berdarah atau pulmonary haemorrhage menandakan pendarahan yang masuk ke dalam peparu. Ia berlaku apabila darah termasuk ke dalam saluran pernafasan dan kemudiannya masuk ke paru-paru. Ia jarang berlaku tapi boleh berlaku pada sesiapa tanpa kira peringkat usia. Ia juga boleh berlaku secara perlahan untuk tempoh yang lama.
Buat masa ini doktor tidak dapat menentukan punca sebenar. Kondisi ini kenali sebagai pendarahan peparu idiopatik. Ia boleh jadi daripada 1 kawasan atau lebih. Mungkin juga disebabkan penyakit lain. Rawatan berbeza untuk setiap kes.
Apa tanda-tandanya?
Sekiranya berlaku secara perlahan;
1. Demam
2. Batuk
3. Kehilangan berat badan secara mendadak
4. Pucat disebabkan anemia
5. Sukar bersenam disebabkan cepat penat
6. Rasa letih menjalani kehidupan harian
Apa yang menyebabkan batuk berdarah?
1. Bronkitis akut atau kronik
2. Iritasi pada saluran pernafasan
3. Pneunomia
4. Batuk kering
5. Penyakit penghalang pulmonari kronik (COPD)
6. Kanser peparu
7. Jangkitan parasit
8. Embolisme pulmonari
9. Trauma pada kawasan dada
10. Penyalah gunaan dadah
Rujukan
1. https://en.wikipedia.org/wiki/Pulmonary_hemorrhage
2. https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/12/16/perkembangan-terkini-nad-zainal-ungku-ismail-maklumkan-masih-berehat-wang-sumbangan-rm270000-diguna-untuk-rawatan-dan-sedekah