Apa Yang Dihidu Sebelum Angkat Berat?

Apa sebenarnya yang dihidu kebanyakan atlet strongman dan powerlifter sebelum memulakan angkatan?
Ia bukannya dadah. Jangan risau. Bahan aktifnya adalah ammonia carbonate. Baunya seperti bau air kencing. Cuma ianya lebih kuat. Ia menyebabkan seseorang terus sedar dan terangsang. Garam berbau (smelling salt) ini digunakan untuk membangkitkan kesedaran, dengan pembebasan gas ammonia (NH3) yang merengsakan membran hidung dan mencetuskan refleks penyedutan. Refleks ini mengubah corak pernafasan, menghasilkan kadar aliran pernafasan yang lebih baik dan mungkin berjaga-jaga.
Bagaimana ia membantu dalam sukan?
Refleks penyedutan tanpa sengaja yang datang selepas anda menghidu bau garam menyebabkan kadar pernafasan meningkat secara mendadak. Apabila kadar pernafasan meningkat, kadar denyutan jantung meningkat. Apabila degupan jantung meningkat, sistem saraf simpatetik bermula. Sistem saraf simpatetik adalah laluan fisiologi yang digunakan oleh badan untuk menguruskan aktiviti. Dengan tindak balas fight or flight dihidupkan, hormon seperti adrenalin mula mengalir untuk menjadikan seseorang lebih berwaspada dan fokus. Dan kemahiran motor kasar, seperti berlari dan mengangkat, dioptimumkan.
Memulakan sistem saraf simpatetik sejurus sebelum melakukan angkatan berat berpotensi membantu untuk angkatan lebih berat. Apabila anda menghidu bau garam serta-merta sebelum melakukan squat berat, anda pada dasarnya memberi diri tekanan yang mendorong badan anda untuk bertindak.
Adakah ianya selamat?
Gas ammonia dalam jumlah besar merbahaya, akan tetapi kandungan berbau dalam garam berbau ini terlalu rendah. Walau bagaimana pun, jangan gunakan selalu, bau garam boleh merengsakan lubang hidung dan paru-paru.
Di mana boleh dapatkannya?
Cuba tengok di https://shope.ee/3po26anvZh.
Rujukan