Bolehkah Jadi Kurus Dalam Masa Seminggu?

Menguruskan badan dalam masa seminggu adalah tidak mustahil tetapi..

Jawabnya, boleh!

Kursus Kecergasan 2021

Sekiranya anda mahu mudah terkena penyakit dan kurus dalam jangka masa pendek.

Menurunkan berat badan dengan banyak dalam masa seminggu itu memang boleh secara teknikal tetapi ia terdedah kepada beberapa masalah badan seperti kekurangan nutrisi, kadar metabolisme badan jatuh mendadak dan sebagainya.

Orang yang menurunkan berat badan dengan drastik juga jarang dapat mengekalkan tahap itu dengan jangka masa lama.

Kita perlu ingat, menurunkan berat badan itu separuh daripada seluruh cabaran. Masih ada lagi bakinya, iaitu mengekalkan “penurunan” itu.

Kita bukan sahaja penat secara fizikal, namun mental kita juga perlu kuat dan sentiasa bermotivasi untuk terus menurunkan berat badan. Kita ini manusia dan bukan robot untuk buat saja tanpa perasaan.

Menurut pakar, kadar penurunan berat badan yang sihat adalah 1lb-2lb (0.45kg-0.9kg). Inilah kadar yang normal dan sihat. Lebih daripada ini dikira sebagai bahaya.

Maka, asasnya, kita perlu turunkan berat badan dengan perlahan. Itulah yang terbaik menurut pakar-pakar.

Kekurangan nutrisi

Bilamana anda terlalu terdesak untuk menurunkan berat badan. Anda akan melakukannya dengan sangat drastik sehingga anda dapat apa yang anda mahu.

Namun, mesti ada kesan sampingan daripada usaha ini, iaitu kekurangan nutrisi. Bahayakah kekurangan nutrisi?

Semestinya.

Kekurangan nutrisi boleh membuatkan rambut anda gugur kerana anda tidak cukup kalori, maka badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga rambut boleh gugur.

Selain itu, anda boleh juga menjadi terlalu penat dan lesu kerana kekurangan zat besi dan vitamin b12. Ini tidak elok untuk badan. Anda juga boleh mengalami anemia, sejenis kondisi kekurangan sel darah merah untuk membawa oksigen ke tisu-tisu dalam badan.

Dan juga, drastik menurunkan berat badan boleh melemahkan sistem imun badan anda. Kekurangan nutrisi membuatkan badan anda lebih mudah terdedah dengan penyakit.

Kesimpulan

Tetapkan matlamat yang realistik. Jangan terlalu drastik untuk menurunkan berat badan. Turunlah perlahan-lahan supaya badan anda kekal sihat meskipun anda berada dalam proses menguruskan badan.

 

Rujukan

  1. Is It Bad to Lose Weight Too Quickly? https://www.healthline.com/nutrition/losing-weight-too-fast

  2. Weight loss: 6 strategies for success. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/weight-loss/art-20047752
  3. How Much Weight Can You Lose in a Week? https://www.menshealth.com/weight-loss/a19534891/how-much-weight-can-you-lose-in-a-week/

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: