Kepentingan Punggung Nov25

Kongsi

Kepentingan Punggung

Gluteus maximus merupakan otot besar dalam kumpulan otot gluteal. Ada 3 otot gluteus iaitu maximus, medius dan minimis. Gluteus maximus dikenali sebagai otot tri-planar, bermaksud berkeupayaan untuk bergerak dalam 3 satah pergerakan. 3 satah pergerakan adalah sagittal, frontal dan transverse. Pergerakan di pinggul terlibat termasuk extension, internal rotation dan abduction.

Otot gluteus ini penting untuk kebanyakan senaman major seperti deadlift, squat, berlari dan sebagainya. Otot gluteus yang kuat penting untuk menjaga alignment atau kedudukan pelvic. Ia juga merupakan pendorong untuk kita berjalan dan berlari, bahkan berdiri sebelah kaki. Ia juga sokong pinggang kita dalam angkatan berat dan jaga daripada kecederaan lutut.

Kepentingan

1. Kurangkan sakit pinggang. Gluteus bertanggung jawab dalam pergerakan hip extension atau berlawanan dengannya. Ia bantu dalam pergerakan pelvik, pinggul dan bahagian atas badan kita. Ia bantu alirkan daya ke pinggang dan pastikan postur badan kita betul terutama dalam pergerakan seperti deadlift, squat dan sebagainya.

2. Kurangkan sakit lutut. Gluteus bentuk kestabilan pelvik. Bahagian bawah kita bekerja dalam 1 rantaian. Contoh, jika kita cedera buku lali, kita mungkin juga berdepan masalah keseimbangan di lutut. Begitu juga masalah di pinggul. Ketidakstabilan di pinggul boleh menyebabkan tulang femur kita masuk ke dalam, medial rotation berlebihan, menyebabkan tempurung lutut keluar daripada tempatnya. Ia dipanggil lateral patellar tracking. Ia punca kesakitan untuk ramai orang.

3. Tambah kekuatan dan tingkatkan prestasi. Gluteal bantu mendorong dalam pergerakan seperti larian dengan membentuk pergerakan lonjakan pada pinggul. Mereka juga penting dalam pecutan, lompatan dan angkat berat.

 

Kursus Kecergasan 2021

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube