Tuas di Badan Manusia
Jom kita belajar tentang analisa pergerakan dalam sukan. Apakah terminologi yang digunakan?
Ada 3 jenis tuas atau lever di badan kita. Tuas ini termasuk satu struktur rigid iaitu tulang, daya kepadanya iaitu otot untuk buat pergerakan angular, fulcrum iaitu lokasi yang tetap dalam pergerakan dan bebanan atau rintangan yang digerakkan menggunakan struktur rigid ini.
1. Tuas Kelas Pertama – Fulcrum di tengah di antara daya dan beban. Contohnya seperti leher.
2. Tuas Kelas Kedua – Beban di tengah antara fulcrum dan daya. Contoh, pergerakan di buku lali, apabila kita buat pergerakan calf raise. Berat badan dan bebanan sebagai rintangan, daya daripada pergerakan otot betis iaitu gastrocnemius.
3. Tuas Kelas Ketiga – Daya di tengah antara fulcrum dan beban. Ini yang paling banyak di badan kita, contohnya seperti bicep curl.

Daripada sudut fizik, apabila kepanjangan daya ke fulcrum lagi panjang daripada bebanan ke fulcrum, ia ada kelebihan mekanikal. Tuas jenis begini ada kelebihan untuk mengerakkan beban yang besar dengan daya yang kurang.
Dalam sains sukan, kaedah kami ingat adalah dengan ingat perkataan FLE. Kelas 1 F = fulcrum di tengah, kelas 2 L = load di tengah dan kelas 3 E = effort di tengah.




