Kesan Berjemur Di Bawah Matahari Pada Kesihatan Tubuh

Pendedahan pada cahaya matahari yang berterusan dikaitkan dengan beberapa risiko kesihatan termasuk percepatan penuaan kulit dan menyebabkan kanser kulit, seperti karsinoma sel basal, karsinoma sel skuamosa dan melanoma malignan. Walau bagaimanapun, beberapa manfaat kesihatan pendedahan UV termasuk pengeluaran vitamin D dan peningkatan mood yang lebih baik dilaporkan oleh beberapa kajian. Artikel kali ini fokus pada kesan berjemur atau tanning pada kesihatan tubuh manusia.

Di Eropa and Amerika Syarikat berjemur di bawah cahaya matahari merupakan atau sunbath merupakan satu amalan yang biasa yang dilakukan oleh masyarakat disana pada musim summer.  Sekitar 37–49% wanita dan 17–29% lelaki dilaporkan mengamalkan tanning atau sunbath. (1, 2)

Tanning atau sunbath dilaporkan mempunyai beberapa manfaat kesihatan seperti mood yang lebih positif dan peningkatan tahap vitamin D. Tambahan pula, Persatuan Indoor Tanning mendakwa bahawa “mendedahan terhadap sinar matahari atau beberapa jenis sinaran boleh memanjangkan hayat anda”(3)
Kursus Kecergasan 2024

Tan atau kulit gelap yang disebabkan oleh sinar UV menawarkan faktor perlindungan matahari (SPF) sebanyak 3–4 namun perubahan tambahan selain hiperpigmentasi, seperti hiperplasia epidermis, berkemungkinan memainkan peranan dalam perlindungan akibat sinar UV. Walaupun SPF 3–4 melindungi daripada selaran matahari, hanya sekitar 65% daripada eritema yang disebabkan oleh sinaran UV disekat.(3)

Cahaya matahari mengandungi UVB, yang menyebabkan kulit kita untuk mensintesis previtamin D3. Setiap individu mempunyai gaya hidup yang berbeza, namum individu yang kerap bekerja shift malam atau dalam pejabat kemungkinan mempunyai tahap vitamin D yang lenih rendah jika berbanding dengan individu yang lebih terdedah kepada cahaya matahari. Tahap vitamin D yang lebih rendah telah dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk beberapa jenis kanser, penyakit jantung, dan penyakit tulang. Kekurangan vitamin D juga boleh memainkan peranan dalam penyakit autoimun. (4)

Pendedahan matahari yang sederhana adalah sama kesannya jika dibandingkan dengan pendedahan matahari yang berpanjangan untuk penhasilan previtamin D. Walau bagaimanapun, pendedahan cahaya matahari sebagai satu-satunya sumber vitamin D mungkin tidak praktikal pada musim hujan atau jerebu dan bagi mereka yang mempunyai jenis kulit yang lebih gelap. Oleh itu, pendedahan cahaya matahari yang sederhana harus dipertimbangkan dalam kombinasi dengan diet yang diperkaya dengan vitamin D.(5)

Karsinoma sel skuamosa (SCC) dan karsinoma sel basal (BCC) menunjukkan pelbagai hubungan dengan pendedahan ultraviolet daripada cahaya matahari. Kajian terperinci kajian oleh Almaross et al melaporkan bahawa pendedahan matahari kumulatif dikaitkan dengan kedua-dua BCC dan SCC, manakala pendedahan matahari secara berkala dikaitkan dengan BCC sahaja. (6)

Pendedahan yang kerap kepada cahaya matahari juga mempercepatkan penuaan kulit. Kebanyakan proses penuaan ini telah dikaitkan dengan pendedahan UV dan penjanaan radikal bebas dengan sinaran inframerah (IR). IR berkemungkinan menggalakkan photoaging dengan mendorong pecahan kolagen dan meningkatkan kehadiran spesies oksigen reaktif. Ejen penyekat matahari fizikal, seperti titanium dioksida, menghalang sinaran inframerah, tetapi kebanyakan pelindung matahari berasaskan kimia telah dicipta untuk perlindungan foto UV, bukan IR. (7)

Beberapa kajian melaporkan bahawa pendedahan kepada cahaya matahari boleh membantu badan anda membakar lebih banyak lemak. Kajian oleh Gwartney et al melaporkan bahawa gelombang cahaya biru matahari membantu mengecutkan sel lemak putih yang terletak di bawah permukaan kulit. Pembaca harus ingat yang jika anda makan lebih sedikit kalori dan membakar lebih banyak kalori melalui aktiviti fizikal atau pemakanan anda akan menurunkan berat badan dan membakar lemak. Berjemur sahaja tanpa senaman dan pemakanan yang sihat tidak akan memberi apa-apa kesan yang positif.

Kesimpulannya, jemuran tidak memberikan perlindungan yang mencukupi dan pakailah pakaian yang sesuai, penggunaan pelindung matahari yang betul untuk mengelakkan sunburn. Pendedahan matahari bermanfaat secara sederhana, tetapi boleh memudaratkan secara berlebihan. Menurut Dr Hamid Jan, waktu yang paling optimal untuk berjemur dibawah kepada cahaya matahari dari dalam rumah atau laman rumah adalah sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

 

  1. Melia J, Bulman AJJoPH. Sunburn and tanning in a British population. 1995;17(2):223-9.
  2. Robinson JK, Rademaker AW, Sylvester JA, Cook BJPm. Summer sun exposure: knowledge, attitudes, and behaviors of Midwest adolescents. 1997;26(3):364-72.
  3. Sivamani RK, Crane LA, Dellavalle RPJDc. The benefits and risks of ultraviolet tanning and its alternatives: the role of prudent sun exposure. 2009;27(2):149-54.
  4. Tangpricha V, Pearce EN, Chen TC, Holick MFJTAjom. Vitamin D insufficiency among free-living healthy young adults. 2002;112(8):659-62.
  5. Webb AR, Engelsen OJP, photobiology. Calculated ultraviolet exposure levels for a healthy vitamin D status. 2006;82(6):1697-703.
  6. Almahroos M, Kurban AKJS. Ultraviolet carcinogenesis in nonmelanoma skin cancer part II: review and update on epidemiologic correlations. 2004;3(3):132-9.
  7. Schroeder P, Haendeler J, Krutmann JJEG. The role of near infrared radiation in photoaging of the skin. 2008;43(7):629-32.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: