Kisah Sedih Kehidupan Atlet Malaysia

Sedih bila tengok kehidupan bekas atlet, Koh Lee Peng. Beliau mula jual tisu pada tahun 2019. Sebagaimana dikongsikan Fayadh Wahab dalam twitternya, beliau temui Koh di Bukit Bintang di atas kerusi roda sedang jual tisu sambil memegang keratan surat khabar dengan berita, ‘Bekas Atlet Renang OKU Dicemuh’.

Koh Lee Peng mewakili Malaysia sebagai perenang dalam ASEAN Para Games bermula daripada 2001 hingga 2005. Beliau menang 7 emas dan 3 perak untuk Malaysia. Sedekad kemudian, beliau dapat anugerah Penang’s Best Paralympic Sportswoman pada tahun 2015 dan 1 lagi anugerah 2 tahun kemudian, Female Paralympian of the Year pada tahun 2017.

Menurut Bernama, beliau dapat sekitar rm800 sebulan daripada jualan tisu dan juga menerima rm300 sebulan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Sebenarnya bukan seorang dua atlet menerima nasib sebegini. Tahun lepas, bekas pelari Raduan Emeari dikesan bekerja di stesen minyak. Kalau nak cerita, banyak sebenarnya kisah kehidupan atlet merundung setelah tamat kerjaya sebagai atlet.

Baru-baru ini, 144 atlet ditendang keluar daripada Majlis Sukan Negara berikutan peruntukan di potong. Peruntukan dipotong hampir 70 peratus daripada tahun sebelum ini. Atlet daripada 432 dipotong sehingga 288 pada tahun 2022.

Apakah nasib atlet-atlet di Malaysia selepas tamat kerjaya sebagai seorang atlet?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: