George Peterson Mati Disebabkan Steroid

Steroid menyebabkan kematian mengejut seorang atlet bina badan George Peterson menurut laporan autopsi seperti dilaporkan TMZ Sports. Dalam dokemen ada dinyatakan, Peterson mati disebabkan sudden cardiac dysrhythmia disebabkan penyakit hypertensive cardiovascular. Penyebabnya adalah penggunaan steroid anabolik.

George Peterson mati pada Oktober 2021 di Orlando ketika bersiap sedia untuk bertanding dalam 1 pertandingan bina badan. Peterson dijumpai terbaring tersembam di atas lantai hotel sebelum pertandingan. Peterson pernah menang kategori Classic Physique dalam Arnold Classic 2019 dan pernah bertanding Mr Olympia 4 kali. Beliau mati pada usia 37 tahun.

Bila keluar kisah mati disebabkan steroid, ada yang akan kata, ramai lagi mati disebabkan diabetik, kemalangan dan sebagainya. Ya, peratusan yang dilaporkan buat masa ini masih rendah. Ada yang tidak dilaporkan. Ada kesan kecil dan sebagainya. Tapi realitinya, steroid anabolik beri kesan sampingan. Mungkin anda bernasib baik, tak sakit, tapi adakah semua bernasib baik?

Adakah berbaloi mengambil steroid dengan risikonya? Berapakah jumlah hadiah yang anda boleh dapat kalau menang pertandingan? Itu pun kalau menang. Bagaimana pula ambil steroid untuk jadi model di depan cermin tandas? Ambil steroid semata-mata untuk pikat awek tapi realitinya lebih ramai lelaki yang terpikat.

 

Kursus Kecergasan 2021

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: