Kuatkan Punggung Anda

Bila cerita tentang kekuatan, ramai yang kata otot perlu kuat adalah erector spinae atau pun otot pinggang atau nama english lower back. Ada 1 lagi otot penting sebenarnya iaitu gluteus atau otot punggung. Bagaimana melatih otot punggung?

Gluteus yang kuat menentukan adakkah kita mampu angkat berat. Gluteus lemah juga jadi penanda masalah kesakitan pada pinggang dan lutut. Bila kata tentang otot gluteus, ramai kata dah latih dengan melakukan squat. Squat memang kena pada otot gluteus akan tetapi bukan fokus pada otot tersebut. Fokus utamanya adalah otot quadrisep iaitu otot di peha.

Bagaimana latih otot gluteus? Ada pelbagai senaman yang sasar otot gluteus. Senaman yang saya paling suka adalah hip thrust dan bulgarian squat. Letakkan barbell di atas pelvik dan bergerak ke atas. Cuba tengok video saya di bawah;

Ramai lelaki tak buat senaman ini biasanya. Mereka fikir ini senaman untuk perempuan. Anda silap jika fikir begitu. Masukkan juga unilateral hip thrust, iaitu guna sebelah kaki. Ia adalah disebabkan setiap daripada ada kelemahan tertentu pada 1 bahagian. Kaki perlu seimbangkan beban tersebut jadi gluteus medius akan berkerja untuk stabilkannya. Pastikan kaki tidak terlalu buka bagi memastikan otot gluteus yang bekerja.

Kursus Kecergasan 2024

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: