Makan Apa Kalau Gastrik

Ada masalah gastrik? Tak tahu nak makan apa? Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan di lapisan perut. Ada banyak jenis gastrik dan penyebabnya. Penyebab paling biasa adalah jangkitan bakteria Helicobater.pylori(H.pylori). Penyebab lain adalah pemilihan gaya hidup tak sihat seperti hisap rokok dan pengambilan alkohol, ada masalah kesihatan lain seperti penyakit Crohn’s.

Elakkan;

  • Bergoreng
  • Pedas
  • Tinggi asidik
  • Air gas
  • Kafein
  • Makanan berlemak
  • Alkohol
  • Tea

Kursus Kecergasan 2025

Ambil;

  • Makanan tinggi serat seperti bijirin, sayur, oat dan sebagainya
  • Makanan rendah lemak seperti ikan, daging rendah lemak, sayuran dan sebagainya
  • Makanan rendah asidik seperti kacang, sayur dan sebagainya
  • Makanan dengan probiotik seperti kombucha, yogurt, kimchi, sauerkraut dan sebagainya

Kajian pada tahun 2016 mencadangkan probiotik bantu masalah perut disebabkan bakteria H.pylori. Makan kerap juga bantu kurangkan gejala sakit.

Rujukan

  1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23090045/
  2. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fnut.2021.709435/full
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4906699/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7368216/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan. Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: