Makan Mc Donald’s 100 Hari Boleh Jadi Kurus!!!

Fast food concept with greasy fried restaurant take out as onion rings burger and hot dogs with fried chicken french fries and pizza as a symbol of diet temptation resulting in unhealthy nutrition.

Baru-baru ini seorang jurulatih perniagaan yang berusia 56 tahun Kevin Maginnis dari Nashville, Tennessee telah berjaya menurunkan berat badannya dengan hanya makan makanan yang dibeli dari Mc Donalds selama 100 hari. Tahukan anda, En Kevin telah berjaya menurunkan 58.5 lbs atau 26.5kg dalam waktu 100 hari.

Lebih mengejutkan lagi, Kevin Maginnis juga berkata kesihatannya telah bertambah baik. Dia berkata tahap kolesterolnya telah turun. Kevin Maginnis jug berkata dia tidak bergabung dengan McDonald’s dan tidak pernah ditaja oleh mereka untuk melakukan cabaran itu. Dalam temu duga, beliau menyatakan yang sebab utama dia melakukan cabaran Mc Donalds tersebut adalah kerana nama samarannya ialah “Big Mac”.

Sebelum anda ingin mengamalkan diet Mc D atau apa-apa diet anda perlu mengetahui mengenai cara Kevin diet dengan mengunakan makanan dari Mc D. Kevin Maginnis berkata yang dia hanya makan separuh daripada apa yang dia pesan supaya dia dapat mengurangkan pengambilan kalorinya. Dia menyimpan separuh dari makanan yang dia tidak makan untuk hidangan seterusnya. Dari sini dapat kita menyimpulkan yang beliau mempunyai ilmu mengenai kepentingan sekatan kalori dalam menurunkan berat badan.

Bukan itu Sahaja, malahan Kevin Maginnis mengantikan soda atau minuman berkarbohidrat dengan air dan juga tida mengambil apa-apa snek antara waktu makan yang utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Sekatan kalori melibatkan mengurangkan pengambilan makanan tanpa menyebabkan kekurangan zat makanan. Banyak kajian telah menemui manfaat kesihatan dalam sekatan kalori yang termasuk metabolisme yang lebih baik, jangka hayat yang lebih lama dan melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia.(1, 2)
Kursus Kecergasan 2024

Sebagai seorang dokter dan juga jurulatih bertauliah, pada pendapat saya kaedah ini berkesan kerana ia adalah penurunan berat badan berasaskan kalori dan dia membakar lebih banyak kalori jika dibandingkan dengan makanan yang dia ambil. Kepada sesiapa yang membaca artikel ini saya menyarankan anda untuk tidak mengamalkan diet ini tanpa berkonsultasi dengan dokter atau pakar pemakanan.

Makanan ringan mengandungi gula yang tinggi, tepung putih, lemak trans, garam, lemak tak tepu dan pelbagai bahan tambahan makanan seperti monosodium glutamat (MSG) dan tartrazine, serta kandungan protein, vitamin dan serat yang tidak mencukupi.(3)

Makanan yang diproses dan digoreng boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami penyakit jantung, kencing manis atau kanser. Satu kajian oleh Artinian et al mendapati bahawa individu yang menngambil makanan bergoreng setiap minggu dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung dan strok sebanyak 3%, peningkatan risiko penyakit jantung sebanyak 2% dan peningkatan risiko kegagalan jantung sebanyak 12%.(3, 4)

Makanan fast food kebiasaannya mengandungi gula dan garam untuk menjadikannya lebih lazat, tetapi ia juga menyerap sebahagian daripada lemak daripada minyak yang digunakan dalam proses penyediaan makanan tersebut. Minyak itu mungkin mengandungi lemak trans, sejenis lemak yang tidak sihat dan murah. Jadual 1 dibawah merumuskan kesan negative yang berkaitan dengan makanan ringan.

Jadual 1: Kesan negative yang berkaitan dengan makanan ringan.(3)

Kandungan lemak yang tinggi Makanan ringan biasanya mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi dan ini akan menyebabkan peningkatan berat badan dan obesiti. Pemakanan yang tinggi dengan lemak tepu juga dikaitkan dengan peningkatan kolesterol LDL dan meningkatkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung.
Kandungan garam yang tinggi Makanan ringan selalunya mempunyai terlalu banyak kandungan garam. Pengambilan garam atau sodium yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi yang seterusnya meningkatkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung.
Kandungan gula yang tinggi Minuman ringan, kordial, biskut dan kek juga mempunyai banyak gula. Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan paras trigliserida, gula dalam darah (diabetes) dan tekanan darah tinggi yang seterusnya meningkatkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes.

 

Kesimpulannya, kesihatan kita bukan sahaja bergantung kepada nombor yang dipapar pada mesin penimbang. Berat badan boleh menjadi bacaan atau data yang berguna untuk menyaring pesakit, dan ia merupakan metrik yang berguna untuk digunakan dalam penyelidikan atau menganalisis populasi yang besar (kebiasaannya berat badan dihitung dan merupakan salah satu daripada nilai metrik dalam BMI atau Body Mass Index. Namun, setiap individu adalah berbeza dan jika anda ingin menurunkan berat badan secara berkesan saya manyarankan anda untuk mendapatkan khidmat juru latih, pakar pemakanan atau/dan dokter yang bertauliah. Jika anda masih ingin mencuba cabaran Mekdi saya mengesyorkan mempertimbangkan kepentingan kesihatan jangka panjang dan kesan negative yang boleh diberikan oleh makanan segera terhadap kesihatan anda.

 

  1. Golbidi S, Daiber A, Korac B, Li H, Essop MF, Laher IJCdr. Health benefits of fasting and caloric restriction. 2017;17:1-11.
  2. Locher JL, Goldsby TU, Goss AM, Kilgore ML, Gower B, Ard JDJEg. Calorie restriction in overweight older adults: Do benefits exceed potential risks? 2016;86:4-13.
  3. Bhaskar RJJoDD, Therapeutics. Junk food: Impact on health. 2012;2(3).
  4. Artinian NT, Schim SM, Vander Wal JS, Nies MAJPHN. Eating patterns and cardiovascular disease risk in a Detroit Mexican American population. 2004;21(5):425-34.

 

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: