Pertandingan Bina Badan Mr. Malaysia Telah Kembali!

Mr. Malaysia merupakan pertandingan bina badan yang terkenal dan terbesar di Malaysia. Bagi atlet bina badan peringkat antarabangsa Mr. Olimpia merupakan pertandingan bina badan yang terbesar dan termasyur dan bagi kita warganegara Malaysia, Mr. Malaysia merupakan pertandingan bina badan yang termasyur.

Artikel kali ini berfokus pada sejarah sukan bina badan dan juga bacalah hingga akhir artikel ini untuk mendapatkan maklumat tentang pertandingan Mr. Malaysia 2023 yang akan berlangsung pada 12 hingga 16 Oktober 2023 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang, Selangor.

Sukan bina badan bermula di India seawal abad ke 11. Atlet bina badan India mengangkat kayu atau batu yang diukir seperti dumbell (dikenali sebagai karala kattai atau Indian Clubs). Malahan, dikatakan gimnasium yang pertama wujud di India pada tempoh waktu yang sama dan pada abad ke 16.(1)

Tahukah anda, Eugen Sandow menganjurkan pertandingan bina badan pertama pada 14 September 1901, yang dikenali sebagai “The Great Competition”. Ia diadakan di Royal Albert Hall di London. Diadili oleh Sandow, Sir Charles Lawes dan Sir Arthur Conan Doyle serta pertandingan bina badan ini mendapat sambutan yang sangat baik. (2)

Jumlah organisasi bina badan bertambah dan Persekutuan Bina Badan Antarabangsa (IFBB) telah diasaskan pada tahun 1946 oleh adik beradik yang berasal dari Kanada iaitu Joe dan Ben Weider. Organisasi bina badan yang lain adalah Kesatuan Olahraga Amatur (AAU), Persatuan Bina Badan Amatur Kebangsaan (NABBA), dan Persatuan Bina Badan Dunia (WBBG). Akibat daripada kewujudan banyak organisasi bina badan, bertambahlah jumlah pertandingan bina badan.

Sebelum menulis mengenai sejarah bina badan di Malaysia saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Terry Gallyot kerana informasi yang mengenai sejarah sukan bina badan di Malaysia dirujuk dari artikel yang dikarang oleh En. Terry Gallyot dan buku berjudul Malaysian Bodybuilding History Book yang dikarang oleh En. Patrick Chin.

Kursus Kecergasan 2024Di Malaysia, Persekutuan Bina Badan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MBBF telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 April 1969 dan merupakan satu-satunya badan yang mentadbir dan diiktiraf oleh Majlis Olimpik Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk pembangunan sukan bina badan di Malaysia.

Aktiviti bina badan terawal di Malaysia dipercayai bermula di Pulau Pinang, apabila Penang Health Culture League ditubuhkan pada tahun 1912 untuk mempromosikan budaya kesihatan atau kecergasan melalui latihan bebanan. Walau bagaimanapun, sejarah bina badan boleh dikesan sejak awal tahun 1950an, di mana persatuan-persatuan dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor memainkan peranan aktif dalam mempromosikan aktiviti angkat berat dan bina badan termasuk menganjurkan pertandingan bina badan di negeri masing-masing.

Pada tahun 1998 semasa Kejohanan Bina Badan Komanwel yang pertama di Melaka, Malaysia mencadangkan pembentukan Persekutuan Bina Badan Komanwel (CWBBF) yang telah dipersetujui sepenuhnya oleh semua perwakilan negara Komanwel yang hadir.

Saya juga  ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Halim Ho Abdullah (Presiden Persatuan Bina Badan Pahang) atas informasi terkini mengenai MBBF. Pada waktu ini, MBBF mempunyai sebanyak 17 afiliasi yaitu Perlis, Kedah, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Bukan itu sahaja, malahan pada tahun ini NABBA Malaysia telah didaftar dengan Pejabat Pesuruhanjaya Sukan.

Akhirnya, melalui artikel ini saya juga ingin mengambil kesempatan alam mengucap jutaan terima kasih kepada perintis dan tokoh-tokoh sukan bina badan Malaysia yang telah menyumbang banyak masa, usaha dan wang ke arah pembangunan bina badan di Malaysia.

Individu-individu yang ingin membeli tiket untuk menonton Mr. Malaysia boleh membeli tiket di Dewan D, MAEPS Serdang pada hari pertandingan Mr Malaysia. Pihak penganjur Mr. Malaysia iaitu MBBF telah menetapkan bayaran masuk sebanyak RM 20 seorang (per entry satu hari) atau pakej 3 hari yang berjumlah RM50. Marilah kita menyokong atlet-atlet tempatan dan sukan bina badan Malaysia.

  1. Heffernan CJSiH. Indian club swinging in the early Victorian period. 2017;37(1):95-120.
  2. Dutton KR, Laura RSJSt. Towards a history of bodybuilding. 1989;6(1):25-41.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: