Makanan Yang Menyebabkan Perut Kembung

Ramai antara kita yang pernah mengalami situasi dimana perut kita rasa kembung. Kembung perut adalah perkara biasa, dan beberapa factor yang menyumbang kepada kembung perut adalah sembelit, pengambilan beberapa jenis makan berlebihan, dan penambahan berat badan atau kegemukan. Jom baca artikel kali ini yang membahas perut kembung dan makanan yang berkaitan dengan perut kembung.

 

Tahukan anda, kembung perut adalah salah satu masalah yang paling biasa dan menyusahkan dalam sebahagian besar pesakit yang mengalami gangguan gastrointestinal. Beberapa faktor, termasuk mikrobio usus yang menghasilkan gas, pengendalian gas usus yang terganggu, hipersensitiviti visceral, tindak balas viscero-somatic yang tidak normal, dan faktor psikologi, telah dicadangkan sebagai mekanisme yang menyebabkan perut kembung. Untuk penilaian, pengambilan sejarah perubatan atau anamnesa yang teliti dan pemeriksaan fizikal oleh dokter pakar perubatan adalah langkah pertama.(1)

Kursus Kecergasan 2024

 

Beberapa jenis makanan juga boleh menyebabkan kembung perut. Jika anda berasa tidak selesa atau kembung selepas makan, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat jenis makanan yang anda makan. Berikut adalah beberapa makanan terbaik dan paling teruk untuk kembung perut.

 

Makanan yang boleh menyebabkan kembung perut Makanan yang membantu mengurangkan kembung perut
Sayur-sayuran Cruciferous

Ø  Kobis

Ø  Broccoli

Ø  Brokoli dan kubis adalah sayuran silangan dan mengandungi rafinosa, gula yang menghasilkan gas dan membuat anda kembung.

Ø  Namun, memasak mana-mana sayur-sayuran melembutkan serat dan mengecilkan bahagiannya apabila sebahagian daripada air masak, jadi ia mengambil lebih sedikit ruang dalam saluran gastrointestinal dan mengurangkan rasa perut kembung. (2)

 

Makanan rendah FODMAP yang boleh membantu mengurangkan kembung perut. Berikut adalah beberapa makanan yang terbaik untuk kembung perut.

 

–  Timun (3)

Timun mengandungi quercetin, antioksidan flavonoid yang membantu mengurangkan bengkak.

–  Nasi (4)

Mengehadkan sayur-sayuran berkanji-seperti kentang dan jagung-adalah kunci untuk makan secara sihat dan mengurangkan kembung perut. Satu-satunya kanji yang tidak menyebabkan gas ialah nasi.

 

Yohurt atau dadih yang menpunyai probiotik (5)

Probiotik, yang merupakan bakteria baik dalam usus anda, membantu mengawal penghadaman dan kesihatan keseluruhan saluran pencernaan anda.

Halia

Halia mengandungi enzim pencernaan zingibain, yang membantu sistem pencernaan anda memecahkan protein. Kompaun ini berpotensi membantu makanan mencerna dengan lebih cekap, mengurangkan kembung atau sembelit.(6)

Kayu manis(7)

Kayu manis ialah rempah yang mengandungi banyak antioksidan yang boleh membantu menyingkirkan gas berlebihan. Menurut penyelidikan, orang ramai secara tradisional menggunakan kayu manis selama beribu-ribu tahun untuk merawat masalah pencernaan seperti kembung perut.

 

Kekacang

Ø  Kacang soya

Ø  Kacang dhal

Ø  Kekacang dikenali sebagai makanan yang menyebabkan gas. Walaupun ia mengandungi protein, produk kekacang juga mengandungi gula dan serat yang tidak dapat diserap oleh badan anda. (2)

Produk tenusu

Ø  Susu

Ø  Keju

Ø  Individu yang mempunyai  intoleransi laktosa biasanya mempunyai kembung perut selepas mengambil produk tenusu. Orang yang tidak bertoleransi laktosa kekurangan enzim yang diperlukan untuk memecahkan laktosa yang kemudiannya menyebabkan perut kembung. (2)

Makanan yang mengandungi Gluten(8)

Ø  Individu yang mempunyai penyakit seliak mengalami tindak balas autoimun (apabila sistem imun badan secara tidak sengaja menyerang dirinya sendiri) selepas makan gluten.

Ø  Gluten merupakan protein yang terdapat dalam gandum, barli dan rai.

Ø  Ada juga beberapa individu yang sensitive terhadap gluten namun tidak menderia penyakit seliak.

Makanan FODMAP (Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides, and Polyols)

Ø  Sesetengah makanan mengandungi banyak karbohidrat, yang boleh menyumbang kepada gas berlebihan yang menyebabkan perut kembung. Ini kerana badan anda tidak dapat mencerna beberapa karbohidrat yang terdapat dalam makanan tersebut.

Ø  Tembikai

Ø  Bawang besar

Ø  Kacang polong

 

Kembung perut boleh disebabkan oleh banyak faktor-faktor dan kadang-kadang mungkin hanya makanan yang anda makan. Jika anda mengalami kembung perut saya sarankan anda untuk mengatur balik pemakanan atau diet anda dengan bantuan pakar pemakanan. Bukan itu sahaja, malahan para pembaca juga disarankan untul melalukan pemeriksaan kesihatan untuk menentukan punca kembung perut anda.

 

 

  1. Lee HJ, Park KS. Bloating. The Korean journal of gastroenterology. 2017;70(6):288-95.
  2. Njoumi S, Josephe Amiot M, Rochette I, Bellagha S, Mouquet-Rivier C. Soaking and cooking modify the alpha-galacto-oligosaccharide and dietary fibre content in five Mediterranean legumes. International Journal of Food Sciences and Nutrition. 2019;70(5):551-61.
  3. Ennis DM, O’sullivan J. Cucumber quality?A review. Journal of Food Science. 1979;44(1):186-9.
  4. Linlawan S, Patcharatrakul T, Somlaw N, Gonlachanvit S. Effect of rice, wheat, and mung bean ingestion on intestinal gas production and postprandial gastrointestinal symptoms in non-constipation irritable bowel syndrome patients. Nutrients. 2019;11(9):2061.
  5. Tuohy KM, Probert HM, Smejkal CW, Gibson GR. Using probiotics and prebiotics to improve gut health. Drug discovery today. 2003;8(15):692-700.
  6. Modi M, Modi K. Ginger root. StatPearls [Internet]: StatPearls Publishing; 2022.
  7. Kawatra P, Rajagopalan R. Cinnamon: Mystic powers of a minute ingredient. Pharmacognosy research. 2015;7(Suppl 1):S1.
  8. Roszkowska A, Pawlicka M, Mroczek A, Ba?abuszek K, Nieradko-Iwanicka B. Non-celiac gluten sensitivity: a review. Medicina. 2019;55(6):222.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: