Matlamat

Dalam mengejar sesuatu, paling penting, kita tetapkan matlamat. Sebagai contoh, dalam bersenam, apa matlamat kita? Ramai yang bersenam, diet tapi takde matlamat, atau matlamat tu tak kuat. Bila ditanya, ‘ko main gym ni utk apa?’, ada yang jawab, ‘nak fit’. Fit macam mana itu? Nak sihat, tapi sihat macam mana? Tetapkan 1 matlamat.

Sebagai contoh, ‘aku nak badan macam jamie eason’. Bila kita ada satu matlamat yang jelas, kita akan kejar dan berusaha untuk mencapai matlamat kita. Untuk orang gemuk yang berat 100kg sebagai contoh, matlamat awal mungkin nak turun 50kg, campai 50kg berat ideal. Bila matlamat kita jelas, kita boleh kaji setiap minggu, ada tak penurunan, jika tiada, mana silapnya kita, pemakanan? latihan? atau faktor-faktor lain.

Matlamat juga penting sebagai motivasi. Pelbagai cara boleh dibuat untuk meningkatkan motivasi diri untuk mencapai matlamat kita. Antara yang boleh dibuat, jika kita minat jamie eason, mungkin boleh ambil gambar badan dia diganti dengan muka kita dan tampal dalam bilik. Setiap hari bila melihat, timbul semangat untuk ke gym buat latihan.Kursus Kecergasan 2024

Matlamat dalam latihan pula, hari ini kita angkat 50kg, esok atau mungkin seminggu lagi cuba sasarkan peningkatan, angkat 55kg, jangan terus letak sasaran angkat 100kg. letak sasaran yang munasabah. Bila kita letak sasaran bebanan terlalu tinggi yang mana badan kita tak boleh terima, kita akan kecewa bila tak lepas sasaran itu. Kita tak boleh jadi superman/superwomen dalam masa sehari. Sama macam menguruskan badan atau membina otot, jangan la hari ini berat 100kg, dalam masa 5 hari nak turun jadi 50kg. 😀

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Matlamat

  1. syafirul azim says:

    salam dato. saya kurang faham penerangan tentang testosterone, boleh dato terangkan? kerana rata-rata rakan-rakan saya menggunakan testosterone, saya takut jarum sebab itu saya tidak ambil. tapi saya juga ingin berbadan besar seperti mereka. saya harap dato dapat selesaikan masalah saya tentang kelebihan dan kesan negatif testosterone ini. terima kasih dato 🙂

    1. tak perlulah pakai steroid tu. makan testobooster xpe. biar lambat asal selamat.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: