Meningkatkan Daya Menampar

Kejohanan Menampar makin mendapat tempat di negara-negara Barat dan Eropah Timur

Di Rusia, terkenal dengan kejohanan menampar iaitu Slapping Competition. Pertandingan tersebut melibatkan dua orang yang saling berhadapan lalu menampar satu sama lain mengikut giliran.

Siapa yang knockout terlebih dahulu, dialah yang kalah.

Slapping Competition merupakan kejohanan yang popular dan diiktiraf sebagai sukan yang “rare“.

Youtuber terkenal, Logan Paul pernah berhasrat untuk terlibat dalam kejohanan ini pada tahun 2019.

Dia pernah memuat naik video di laman media sosialnya berlatih seakan-akan hendak bertanding dalam Slap Competition tersebut.

Logan Paul berlatih sebelum kejohanan

Dalam gambar ini, Paul mendakwa telah berjaya menampar sehingga KO seorang individu terkuat di Amerika Syarikat.

Namun selepas itu, dia dan Arnold Schwarzenegger hanya menjadi pengacara bagi kejohanan tersebut. Paul tidak bertanding pun.

Dalam kejohanan itu, dia menyaksikan Lesniak menampar Toth sampai total KO.

Ia merupakan kejohanan yang dahsyat.

Sebenarnya, juara sebenar dalam Slap Competition ialah Vasily Kamotsky dari Rusia. Ini legenda sebenar.

Vasily Kamotsky

Dia telah menampar ramai atlet terkemuka sampai pitam.

Bagaimana hendak menampar dengan lebih kuat?

Dalam laman web Science Blurtit, Dr. Vijay Chandran menjawab persoalan otot-otot yang digunakan ketika menampar.

Jadi, selepas kita mengetahui otot-otot yang digunakan, kita bolehlah melakukan senaman-senaman yang khusus menguatkan otot-otot tadi.

Menurut Dr. Vijay, setiap otot atas badan terlibat dalam menjayakan pergerakan menampar.

Contohnya, otot bahu, dada, tricep, trapezius dan sebagainya.

Namun, untuk meningkatkan daya menampar, kita seharusnya sinonim dengan latihan gaya pliometrik, iaitu eksplosif.

Clapping push up dan sebagainya.

Pergerakan eksplosif akan meningkatkan kelajuan dan kuasa menampar kita.

Rujukan

  1. Logan Paul Knocked Out 350lb Champion With Brutal Slap, Had To Pull Out Of Tournament. https://www.sportbible.com/boxing/logan-paul-knocked-out-350lb-man-with-brutal-slap-20220301
  2. How Many Muscles Dose It Take To Slap Someone? https://science.blurtit.com/2275762/how-many-muscles-dose-it-take-to-slap-someone
  3. Slap smackdown: Russian ‘Dumpling’ Kamotskiy blasts ‘Bazooka Arms’ with one blow. https://www.scmp.com/sport/other-sport/article/3012344/slap-smackdown-russian-dumpling-kamotskiy-blasts-bazooka-arms-one

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: