Senaman-senaman Untuk Menguatkan Tenaga Batin Yang Dibuktikan Secara Saintifik, Agar Waktu Bersama Lebih Nikmat

Angkat berat, kardio dan regangan dapat meningkat persembahan seks dengan mantap!

Ramai orang yang telah berkongsi tentang senaman-senaman yang patut dilakukan untuk lebih menikmati waktu di atas katil bersama pasangan. Ada yang suruh melakukan regangan tertentu dan sebagainya. Namun, apakah semua ini benar?

Pete McCall, pelatih peribadi di American Council on Exercise (ACE) mengatakan bahawa dengan melakukan senaman latihan beban di gim, ia akan membantu meningkatkan stamina, fleksibiliti dan ketahanan ketika melakukan seks.

Ketika melakukan seks, ia tidak melibatkan fizikal semata-mata, ia juga melibatkan mental dan perasaan. Mood untuk melakukan seks itu juga perlu hadir.

Namun, dengan meningkatkan kesihatan fizikal, ia sekali gus akan memberi kesan kepada mental juga.

Melakukan latihan beban akan meregangkan julat pergerakan kita. Dengan itu, julat pergerakan ketika melakukan seks juga akan berada dalam keadaan nikmat.

Setiap pergerakan dalam seks memerlukan keupayaan fizikal yang fleksibel. Hal ini boleh dicapai dengan melakukan senaman latihan beban di gim. Dengan melakukan latihan beban dengan biomekanik yang sempurna, ia secara tidak langsung membantu meningkatkan kebolehan kita melakukan seks dengan baik.

Jadi, apakah senaman-senaman yang patut dilakukan?

  • Angkat berat

Ya, apa-apa sahaja, bench press, bicep curl, hip thrust dan sebagainya. Seeloknya, lakukanlah latihan beban bagi seluruh badan. Dari atas sampai bawah.

Angkat berat meningkat testosteron, iaitu faktor utama kepada dorongan seks lelaki.

Latihan angkat berat akan meningkatkan stamina otot-otot yang terlibat ketika melakukan seks seperti dada, pinggan, paha dan lain-lain.

Otot yang paling banyak berfungsi ketika melakukan seks ialah pelvic floor muscle menurut sesetengah kajian. Ia terletak di bahagian bawah pinggang. Lakukanlah banyak senaman-senaman untuk bawah badan seperti hip thrust dan lain-lain.

  • Berenang

Berenang jarak jauh selama 30 minit tiga kali seminggu dapat meningkatkan stamina dan membakar lemak. Menurut kajian, membakar lemak yang tidak perlu dapat meningkat prestasi seks dengan signifikan. Lemak yang banyak itu akan menghalang perlakuan seks dijayakan dengan baik.

Badan akan cepat letih, julat pergerakan terhad, stamina pendek dan lain-lain. Hal ini boleh dielakkan dengan membakar lemak. Berenanglah dapat menjayakan semua ini.

  • Regangan

Lakukanlah regangan untuk seluruh badan. Bahagian tangan dan kaki. Reganglah semuanya. Regangan akan membantu mendapatkan fleksibiliti yang diperlukan untuk melajukan posisi-posisi seks dengan mantap.

Tanpa fleksibiliti, posisi yang dilakukan akan terhad. Dengan itu, kuranglah nikmat untuk melakukan seks. Nikmat melakukan seks adalah terletak kepada mood pelaku untuk melakukan apa posisi yang dimahukan mengikut moodnya itu.

Kalau mood hendak melakukan posisi tertentu itu dihalang oleh ketidakmampuan fizikal, hal itu merupakan satu kerugian. Elaklah semua itu dengan melakukan regangan secara kerap.

Kesimpulan

Ringkasnya, semua jenis senaman membantu meningkatkan prestasi kita. Kita harus menjadi fit. Bersenamlah dengan konsisten agar fizikal kita dapat menikmati seks.

Rujukan
1. 5 Exercises Men Can Do for Better Sex. https://www.everydayhealth.com/mens-health/exercises-to-improve-your-sex-life.aspx
2. The Better Sex Workout. https://www.healthline.com/health/fitness-exercises/better-sex-workout
3. Exercises for Better Sex. https://www.webmd.com/sex-relationships/ss/slideshow-better-sex-exercises
4. 13 Exercise Moves to Get You Ready for Your Next Sex Marathon. https://greatist.com/fitness/exercises-for-sex

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: