Ragbi: 5 Senaman untuk Meningkatkan Kekuatan Scrum

Ragbi: Pasukan England dan Afrika Selatan sedang bertarung scrum

Scrum merupakan salah satu perkara yang asasi kepada semua pemain ragbi. Ia juga satu adengan yang menarik untuk ditonton.

Pasukan yang memenagi scrum adalah pasukan yang lebih kuat berbanding lawan.

Bukan scrum sahaja, rucking juga membukti kekutasan fizikal seorang pemain ragbi.

Jadi, wajib untuk dipertingkatkan kekuatan scrum agar bola sentiasa berpihak kepada kita.

Ada lima jenis senaman yang boleh dilakukan untuk meningkatkan daya scrum. Setiap pemain ragbi mohon cakna!

  • Menolak

Setiap senaman yang berorientasikan menolak itu membantu untuk memajukan daya scrum. Contohnya apa?

Overhead press, bench press, plyometric push up dan seumpama dengan tiga senaman ini.

Daya menolak seorang pemain ragbi merupakan keperluan asasi untuk memenangi scrum.

Maka, otot dada, bahu, trisep adalah sangat-sangat penting.

  • Squat

Ketika menolak, kaki kita melentur sedikit supaya badan kita dapat stabil menolak ke depan. Maka, setiap pemain ragbi haruslah melakukan setiap jenis dan variasi squat.

Wide squat, back squat, jumping squat dan sebagainya.

  • Good Morning

Good Morning adalah satu senaman untuk menguatkan otot pinggang dan belakang bawah.

  • Otot teras badan

Otot teras perlu diperkuat melalui senaman-senaman seperti crunches, plank dan sebagainya. Ia membolehkan seorang pemain itu teguh dalam posisi scrum.

  • Cengkaman

Ketika kita bermain ragbi, daya cengkaman juga memainkan peranan yang besar. Contohnya, ketika scrum, tackle dan sebagainya. Semuanya menggunakan grip. Kita grip baju lawan kita untuk kita lekat dengannya.

Apabila sudah lekat, mudahlah untuk kita tackle atau tolak atau lain-lain.

Kuatkan grip kita dengan hand gripper, dead hang pull up dan lain-lain.

Rujukan

  1. 5 Exercises to Improve your Scrummaging. https://www.cmsfitnesscourses.co.uk/blog/5-exercises-to-improve-your-scrummaging/

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: