Mereka Mati Kerana Steroid

Hari ini saya cuma ingin berkongsi beberapa video.

Kursus Kecergasan 2021Mereka mati kerana steroid. Andreas Munzer (Mr Ripped), Scott Klein, Mohamed Ben Aziza (the Giant Killer), Paul Demayo (Quadzilla), Derrick Whitsett, Mike Mentzer, Don Youngblood. Ada yang pergi seawal usia 30. Mereka semua ada nama dalam dunia bina badan dan disebut sehingga kini. Tetapi jika anda yang suka-suka mengambil steroid untuk membesar dalam masa singkat semata-mata ingin memikat awek, semata-mata ingin pakai baju ketat dan sebagainya, siapa yang akan kenang anda?

Lyle Alzado merakamkan temubual berkenaan penggunaan steroidnya yang mana jadi penyebab kanser otak. Lyle Alzado mati pada 14 May 1992 pada usia 43.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

31 thoughts on “Mereka Mati Kerana Steroid

    1. dah tu nak cepat besar…

      xblh tahan tgk org ln cepat merengkel…

      suma kwn2 ckp men besi kena amik klau x xblh besar…

      lagi 2bln nak naik pelamin..

      suma org kat gym amik xde masalah pn.. (ada yg ckp dah wat medical check ok jer…tp cuma setakat blood screening.. bukan whole check)

      jada yg siap ckp gerenti la xde hal… (klau ada hal ape yg dia gerentikan.. blh tukar blk ke / ganti yg bru organ yg rosak?)

      jadi… terpulang pada diri sendiri… dan bertanggungjawablah pd diri sendiri dan ape yg kita cadangkn pd org ln.

      1. mie besibaru says:

        cian org yg ditinggalkan(anak/isteri)..baru nk main besi dh meninggal, huhu hilang nikmat nk main besi..pengajaran berguna utk saya dan anda sume!!

        1. hahahaha…..besr cepat nk tp mati cepat xnak….aku bru 20 klu aku ambik kompom umo 40 dh mati la..haha

  1. x terpikir lgsung nk amik steroids… sedang2 suda….

  2. haha dulu sy pernah cuba utk mengambil steroid tp alhamdulilah kakak sy seorg doctor dan halang sy utk mengambil tp dya syur kan sy utk mengambil injection hormone

    1. sama je injection. cuma compare oral ngan injection, injection lebih baik, tp dua2 pun kategori steroid.

      1. mie besibaru says:

        klu amek benda2 cmne, kira cm nk bunuh diri gak, biar lambat naik muscle asalkan selamat,

      2. kira sama ja la ttp steroid kalau mcm injection 2 effect dya ttp sama la

        1. effect sama, tp oral lebih beri tekanan pada hati. tambah 1 lg masalah.

  3. Salam dato.
    Bagaimana pula dgn pil anabolic dibwh jenama muscletech, nutrex, ON dll.
    Adakah ia didlm kategori steroid atau mcm mana dato??
    Tq

    1. tu kategori supplement, tp mereka menggunakan nama seperti steroid utk melariskan produk.

      1. Cikgu tumpang tanya.klu kita mengambil steroid dlm jangka masa 2 minggu sekali ada kesan bahaya tak?

        1. steroid tetap steroid. sbb tu dikategori sebagai pilihan terakhir dlm perubatan. kalau x perlu. jgn amik.

  4. akudanramarama says:

    berfikirlah dgn sebaik baiknya sebelum buat sesuatu.chow

  5. antara sbb lain org suka guna racun bila mmber2 ckp ” ko ni dh lama main besi tp bdan x power pun, mmber ak baru 6 bulan main badan dh gedabak dh siap boleh msuk compete plak tuh”
    ( mcm nk sepak je org yg ckp mcm tu.. hehe)

  6. Saya berumur 22tahun berat 60kg.. Saya pernah mengambil supplement weight gain muscle juice, dan serious mass disamping mengambil makanan mengikut kelas dan melakukan latihan bebanan bersama seorang rakan yang telah mengalami perubahan dan badan jauh lebih besar daripada saya.. Persoalannya,kenapa tiada berlaku perubahan pada tubuh badan saya dan ini berlanjutan sehingga setahun lebih.. Apakah jalan penyelesaian yang boleh saya ambil untuk meningkatkan berat dan memiliki tubuh badan yang sasa.. Perlukah saya mengambil testosterone booster(pil/powder/liquid)? plz help.. Tq.

      1. Setiap kali mkn sya cba ambk mknan yg bprotein dan bkalori. Mkn lbih dr 3kali sehari.. Sya jg melakukan weigt training d gym sbyk 3 hari dalam sminggu.. Isnin rabu jmaat.. Prubhan x blaku kpd sya sdgkn rakan yg sma2 bltih dgn sya mgalami prubhan yg luar biasa.. Latihan yg kmi lakukan dan supplement intake (weight gain) adalah sma.. Ada mmbr kata mgkin supplement yg sya ambk tidak sesuai utk sya.. N ada yg kata syg ptut ambk hormone/testosterone.. Any suggestion? Plz help..

        1. kalau segalanya sama, saiz n structur bdn pun sama sebelum mula, training sama, makan sama, disebabkan perbezaan neuropathway. cara training perlu diubah. jika selama ni train 8-12, cuba tambah rep. yg paling penting kena stimulate otot terlibat, bukan setakat angkat berat. try tgk dlm 1-2 minggu

  7. NASIB SAYA SAMA SEPERTI FAZIEJAN….BELAMBAK2 PROTIIN DAH DI HABISKAN..HASIL MENYEDIHKAN..MAIN DAH DEKAT 1 TAHUN,,HUHUH~

    1. check balik mana salah silap, kalori intake cukup tak, training betul tak.

    2. Dalam melatih otot ada 5 point yg sngat penting untuk pembesaran otot :

      1. Reps
      – ulangan dlm mengangkat beban

      2. exersice order
      – jadual yg sistematik

      3. volume
      – jumlah atau sukatan beban untuk melatih otot.

      4. frequency
      – semasa otot dilatih dengan beban yg berat hendaklah tidak terlalu laju atau lambat.

      5. Set
      – set pada setiap reps/ ulangan.

  8. ak bru start maen.bru 3 bulan.dlu bdn keding.skang dh naek sikit. dlu mmber dok kutuk.skang nie dorang yg beriye iye nk ikut..tp ak minum susu je..hard mass. nk pakai steroid x berani la..

    1. jgn fikirkan steroid. train smart, tambah kalori. insyAllah naik.

  9. salam, bang.. nk tnya.. ape mknn penting untk size.. saya nk size nih.. nk tnya masa mkn dgn kuantiti mknn yg betul untuk size.. boleh tak?

  10. rasanya kalo main gym bukan untuk naik pentas, x perlulah ingat2 steroid.

  11. Salam tuan,

    Ingin bertanya, adakah jika saya mengambil supplement such as testosterone booster still merbahaya?? Adakah ia juga blh merosakkan hati dan menngecutkan buah zakar?? Minta pandangan dari tuan mengenai supplement tersebut.tq

    1. takde lagi isu besar utk produk bawah fda kalau ikut dose setakat ni.

Leave a Reply to akudanramarama Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: