Mr World Sangat Teruk 2

Wong Hong ketika memenangi kategori Heavy bawah 100kg. Tahniah!!!

Sambungan daripada Mr World Sangat Teruk

Bila berlaku kes sebegini, kejohanan peringkat dunia tiada prestijnya membuatkan ramai terfikir. Rakyat Malaysia bukan macam dulu, walaupun mungkin ada sesetengah orang termasuk atlet mungkin ‘terpaksa’ mendiamkan diri kerana takut digam.

1. Kenapa mutu penganjuran kejohanan bina badan dunia bertaraf murahan? Cuba ambil contoh kejohanan karate peringkat dunia yang mula dipromosikan daripada tahun 2009 dan diadakan pada tahun 2011. 2 tahun dalam promosi berbanding Kejohanan Bina Badan Dunia yang boleh nampak ‘sedikit’ promosi seminggu sebelum kejohanan. Kejohanan Karate mendapat peruntukan yang agak besar berikutan cara kerjanya berbanding cara kerja Persekutuan Bina Badan Malaysia?

Kursus Kecergasan 20242. Ramai yang mengadu, wujud pelbagai masalah seperti masalah keselamatan, cara penyampaian hadiah, tentatif program yang tidak teratur, tiada pengurusan yang betul, masalah sound sistem, musik lambat, dan sebagainya yang mana kesemua masalah kecil ini tidak sepatutnya berlaku pada kejohanan peringkat dunia. Peringkat dunia ni beb. Hadiah pula patung Dato Gan yang mana rasanya macam sama seperti tahun 2000, cuma pada tahun itu, ada perbezaan antara emas, perak dan gangsa tetapi kini semua satu warna dan sama.

4. Mutu yang sangat teruk dengan tempat penganjuran, peserta menaiki bas sekolah daripada hotel ke Jonker Walk, walaupun ada kedai makan, tetapi boleh dikatakan majoriti kedai makan tidak sesuai untuk muslim. Kejohanan peringkat dunia ni beb.

4. Adakah Kejohanan ini bermotifkan politik? Adakah semata-mata ingin menunjukkan yang Dato Gan masih mampu menganjurkan Kejohanan? Adakah Paul Chua layak berada di kerusinya sekarang? Adakah penubuhan WBPF sepatutnya dibuat dengan negara anggota yang sedikit? Apakah perhubungan Persekutuan Bina Badan Malaysia sehingga mereka sanggup mengikut telunjuk Paul Chua? Cuma ‘persoalan’.

5. Adakah mereka di dalam Persekutuan Bina Badan Malaysia yang sepatutnya berada di situ? Mungkin ada yang ok, tetapi seolah-olah majoriti tidak sepatutnya berada di situ. Semasa pemilihan, seolah-olah nampak sangat kronisme di dalam. Kalau kronisme boleh buat kerja itu, mungkin ramai akan tutup mata kerana sekurang-kurang hasilnya puas hati.

6. Adakah keadaan ini menunjukkan ada korupsi ataupun mereka daripada Persekutuan Bina Badan Malaysia tidak tahu buat kerja? Cuma ‘persoalan’.

7. Ramai yang mula tertanya-tanya, bagaimana pemilihan atlet mewakili Malaysia tahun ini? Kebanyakan atlet tidak melalui saringan peringkat negeri dan negara. Jadi apa gunanya Pertandingan itu dibuat? Suka-suka?

8. Mutu pengadilan tak usah kata, setiap tahun ada isu. Tahun ini dengan isu ada 2 Juara Keseluruhan di Mr Malaysia. Apa motifnya? Boleh sesiapa beritahu saya, apa motif ada 2 juara keseluruhan? Nak ambil hati Paul Chua dengan menaikkan seseorang? Jika hanya ada 1 juara, takut ada yang akan pertikaikan lagi seperti tahun lepas? Begitu?

9. Pertandingan dianjurkan Persekutuan Bina Badan Malaysia, tetapi kenapa Persekutuan Bina Badan Malaysia tidak melibatkan negeri-negeri gabungannya? Dimana, sekurang-kurang boleh menghantar surat jemputan kepada gabungannya untuk hadir memberi sokongan. Adakah Persekutuan Bina Badan Malaysia cuba berdiri sendiri tanpa ahli gabungan? Tanpa ahli gabungan, ada lagi ke Persekutuan Bina Badan Malaysia?

10. Banyak lagi persoalan yang mula bermain di fikiran ramai sekarang. Mereka bukan lagi bodoh sehingga mengangguk sahaja apa dilakukan seperti dahulu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

38 thoughts on “Mr World Sangat Teruk 2

  1. mmg sy sokong bro…mr world kt jonker walk mmg suck…bodoh dn byk unsur politik..

  2. padahal boleh je wat kt MITC..dewan pn besau…ni dh mcm g funfair plak…mknn xyah ckp laa..sumenya dh mmg haram utk dimkn…mmg mengarut…

    1. kalau kata MITC mahal, dewan hotel tu pun ok la lg drpd jonker walk. lebih baik kalau dewan lebih besar, charge sikit pun org masuk kalau kualiti cantik.

  3. Saya sokong ulasan bro. Sbb perkara yg sama prnah dbangkitkn oleh bapa mertua sy ex bodybuilder negeri kedah era 80an.semua persoalan itu ada benarnya.

  4. th worst contest ever organize by malaysia

  5. aman abu bakar says:

    hi all….maaf saya x dapat pegi tgk comp tu..tapi bila saya tgk pic ..mmg sedih la..malaysia macam menganak tirikan sukan body building ni..padahal pertandingan ni bertaraf dunia.x masuk astro langsung..ada ke patut..kalau nak kira sukan ni la paling banyak disiplin..modal..tapi x dipandang langsung..malaysia punya style lak bila dah sampai naik nama negara ke dunia,,baru la orang tu dipandang..mcm contoh sazali,wonghong,,nama2 lain x??x dak..mcm zetri,terry..bengang je..

    1. bukan salah malaysia, tp salah penganjur, jika penganjur buat keje yg baik, sukan ini akan naik, walaupun x sehebat sukan2 lain seperti bola, tp tetap ada peminatnya

  6. FIRDAUS MAULA says:

    salam semua…sepatutnya bila kita da jadi TUAN RUMAH untuk KEJOHANAN MR WORLD…pihak penganjur mesti taw dan paham di manakah tempat yang sesuai untuk diadakan pertandingan tersebut…kalau da pertandingan peringkat dunia..mesti lar dibuat secara besar-besaran…kena nampak meriah dan bukan tempat macam pasar malam…

    1. mcm mana nak buat besar2an, kalau minta budject last minute. sedangkan persatuan lain minta 2 atau 3 tahun sebelum. perancangan dorang sgt lama. sedangkan penganjur bina badan ‘dunia’ ni buat keje last minit, sampai tahap minggu last baru buat promosi.

      1. FIRDAUS MAULA says:

        erm benda ni kan da lama taw…semestinya pihak penganjur da taw bila nk buat kertas kerja dan nk submit kan kepada persatuan ataupon majlis sukan negara…kalau bahagian promosi plak pihak media dan television kena main peranan penting bagi mempromosikan sukan binabadan ni…haritu saya ada dengar dalam radio mengatakan tentang Kejohanan Mr World…tapi saya da lupa radio mana…mintak2 kalau ada pertandingan yang akan datang dapat lar menjemput pihak media datang membuat liputan untuk akhbar dan television..kalau boleh siarkan secara “LIVE” ke TV supaya pengemar sukan binabadan dapat menyaksikan pertandingan tersebut walaupun tidak dapat hadir ke tempat pertandingan itu diadakan…apa2 pon…kita mesti bersatu dan membuka mata kepada semua pihak yang berkenaan untuk mempromosikan dan kalau boleh dapat sponsor…”MAJULAH SUKAN BINABADAN MALAYSIA” “MALAYSIA BOLEH”…

  7. 7. Ramai yang mula tertanya-tanya, bagaimana pemilihan atlet mewakili Malaysia tahun ini? Kebanyakan atlet tidak melalui saringan peringkat negeri dan negara. Jadi apa gunanya Pertandingan itu dibuat? Suka-suka?—->>>> kasi peluang org lain plak

  8. Akum dato’…..Nak tanya dato’, mengapa sukan bina badan dari dulu smpai skrg jarang sgt mendpt tempat dlm media terutamanya TV?Klu buka astro sport umpamanya kadang2 3 atau 4 channel tayang bolasepak…..tak pernah jumpa rancangan bodybuilding….

    1. wkum

      byk penyebabnya, antaranya, sukan bina badan kurang peminat di malaysia jika dibandingkan bola sepak, jd rating tidak tinggi. TV mementingkan rating.
      utk tarik org minat, perlukan kerjasama semua, daripada persatuan, atlet, trainer, kementerian dan sebagainya.
      kini di Malaysia, badan rempit lebih menarik daripada badan ketul2 dan utk buat badan ketul2, costing sgt tinggi di Malaysia dan pulangan tidak seberapa. kebanyakan yg buat atas dasar minat.
      byk kerja perlu buat jika ingin menarik minat. dan proses mungkin bukan sekejap

  9. kl la sya ni ahli bina baan luar ngara mesti tkejut mlihat suasana mlm tu…kt pasar mlm lg tu…open air…nsb baik xujan..klu ujan ntah apa yg kn terjadi…silap2 smua org balik..huhuh

    1. sesuatu yg di x dijangka utk contest dgn nama besar, peringkat dunia.

  10. sangat mengecewakan, kalau nak ikutkan politik, hampir kesemua sukan berpotensi dijadkan medium untuk menaikan nama masing masing. tengok sahaja suka bola sepak negara kita, dterajui golongan kerabat diraja.

    1. sukan dan politik tidak dpt dipisahkan.
      kalau politik membawa kepada kebaikan, should be ok

  11. mr.perihatin says:

    salam…sy mrupakan antra die hard fans sukan bina badan dan seorang kaki gym…sy juga sgt kecewa dngn keadaan sukan ini yg sering dianaktirikan terutamanya oleh org dalam sniri..,tp xdpt slhkn masyarakat krn sukan ini sememanganya agak dipandang negatif terutamnya sebab seringkali dikaitkan dengan dadah…masalah dadah sukan or steroid ini semakin parah hinggakan di kawasan pedalaman pun sudah pndai mggunakan steroid (segenap lapisan umur) baik yg baru atau lama..jd fikir2 kn la krn semuanya bgantung pd kita sbgai pminat dan pcinta sukan ini utk menaikkan kmbali taraf sukan ini seperti yg sepatutnya berada..hnya ini mnyuarakan pndapat…p/s”masalah dadah/steroid semakin meruncing dlm sukan ini di negara kita”

    1. saya pernah bincang isu steroid/dadah sukan ni di masa lepas,
      mmg betul, bdk yg baru seminggu main gym pun dah mula bertanya dan berminat menggunakannya. kalau nak ikutkan, boleh kata sukan2 lain pun ada dadahnya, cuma yg ketara bina badan. dgn penjualan tidak terkawal lagi. terutama di laman sosial, semua berlumba2 utk jual, fikirkan keuntungan. siap pamer di laman sosial mereka seolah2 mereka tidak membuat kesalahan. kalau ikutkan, jual fat burner yg tidak dpt kelulusan kkm pun dah salah, apatah benda2 ni.

    2. betul steroid ni banyk keburukan nye tp kite kene thu d mane keburukan ny.. tp steroid la yg menaikan name2 bodybilder2 yg berjaye sampai sekarang… yg penting thu cre pakai dn thu risiko nye…

  12. suck+shitty work=wadefak (wat malu Msia jark)

  13. mmg lama lg la sazali nk dpt dato’ kn law cam ni keadaan…

  14. biasa la sukan bina badan ni ramai yg beranggapan tidak boleh pergi jauh krna faktor genetik atau susuk tubuh org kite tp ape salah nye kalu mencuba, kalu f1 kite boleh jg sponser yg menelang berjuta2 dolar ape slah nye dr modal tu kite salur kn sedikit bukn nak banyak pn mungkin just 10 jta untuk kite buat satu fasiliti dn mengerak kn sukan bina badan ini ke traf yg lebih cntik dn terbaikk… monsun cup yg tk thu ape2 tu boleh pulak d war2 kn sdng kn sye tk thu berapa ramai yg thu selok belok sukan ni… tp ni sukan bina badan sukan yg melibat kn disiplin dn kesihatan yg mane boleh menjadi contoh pada muda mudi kite untuk hidup sihat… hrmmm ape nk jd la… semua penting kn name dr kualiti..

    1. 10 juta mana pernah cukup dgn campur tgn politik. :D.
      semua pihak perlu bekerjasama utk menaikkan sukan bina badan ini jika ingin mencecah tahap seperti negara luar seperti Amerika, walaupun still rendah jika dibanding dgn sukan permotoran, bola dan sebagainya, tp tahapnya boleh dibanggakan.

  15. Malam tadi tuan tak pergi RTM…ade LIVE di tv 1 diaorg buat diskusi pasal bina badan terutama psl ahli bb dianaktirikan….malek noor,syukri dan geng bb pun ade….memang hangat.
    Salah sorang panel cakap nak persediaan msk pertandingan kos sebln dekat 5k dan sampai meminjam …itupun jika menang dpt la cover.
    memang takde sponser langsung…nasib bb di M’sia.

    1. ada dgr pasal rancangan tu, tp x berkesempatan utk tgk.
      crita pasal 5k tu, tetiba rasa cam nak persoalkan,
      adakah 5k termasuk belanjanya sendiri, bawa sewa rumah, kereta, minyak, keluarga dan sebagainya. jika 5k hanya utk buat bdn, kategori ringan, rasanya ramai xnak masuk sukan ni lg. 🙂

  16. rimau malaya says:

    Salam..semalam saya ada terbaca komen2 dari ‘Hamba ALLAH’….tapi kenapa harini komen2 tersebut hilang dari response? why? is it deleted? saya rasa ada banyak kebenaran dari tulisan beliau itu….?????

    1. aik, puji diri sendiri ke? 😀 kut yer pun, jgn la guna ip sama. apa2, guna la nama sendiri jgn la malu dengan nama yg parent bg. kesian dorang, bg nama baik2. atau anak pungut, anak luar nikah? jgn malu2. 🙂

  17. rimau malaya says:

    saya juga merupakan peminat sukan ini ..dan saya juga mengikuti blog awak yang juga memberikan tip2 kesihatan…saya juga menunggu jawapan soalan beliau semalam…. pertandingan yang mana awak jadi jugde… macam tak pernah nampak lah….saya amat prihatin dengan komen dari ‘Hamba ALLAH’ tersebut….

    1. cik yg guna nama hamba ALLAH smalam tp tukar ke rimau malaya, bukan smalam dah jawab ke? kan tahun ni judge utk mr kl.
      malulah terus guna nama tu, guna la nama sebenar. 🙂

  18. apa la AHB cuba buat ni? guna ip address yg sama, tp byk nama. tak berani bgtau nama ke? jgn malu2 utk bgtau nama. jgn malu ngan ibu bapa anda. walaupun nama teruk bagaimana pun, bukan senang dorang fikir nama.

  19. org kajang says:

    hehe………kalau takut dilambung ombak… jngan berumah ditepi pantai……kalau AHB takutkan ZK…. baik duduk tepi diam2…..

  20. as salam..saya bercadang untuk mengadakan pertandingan mr sunshine 2016 di sunshine bertam kepala batas seberang perai pulau pinang..tgh nk prepare kertas kerja..mohon bantuan tuan untuk memberi sedikit info tentang pertandingan ini..tq..016-2468191 asmadi

Leave a Reply to badang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: