Mr World Sangat Teruk Nov12

Kongsi

Mr World Sangat Teruk

Kejohanan Bina Badan Dunia anjuran Persekutuan Bina Badan Malaysia sangat mengecewakan.

Suasana di pusingan akhir di pasar malam dengan logo mamee sebesar-besarnya di belakang stage

Kursus Kecergasan 2017Apabila menjejak kaki di Bandaraya Melaka untuk menyaksikan Kejohanan Bina Badan Dunia, 3rd WBPF Men’s World Bodybuilding Championship 2011, perkara pertama saya cari, di manakah banting-banting atau iklan-iklan yang menunjukkan, adanya kejohanan peringkat dunia ini. Bayangkan sebesar-besar Bandaraya Melaka, hanya ada banting di luar Century Mahkota Hotel, Melaka dan berdekatan Gym Dato Gan Boon Leong yang mana berdekatan dengan Jonker Walk. Sebelum ini saya pernah nyatakan kelemahan pada promosi tetapi di Melaka pun begitu. Haish. Patutlah ramai tak tahu tentang Kejohanan Bina Badan Dunia ini.

Apabila tiba di Jonker Street, dengan tempat terbuka, dimana sepanjang jalan rasanya tiada makanan yang boleh dimakan untuk muslim, suasana agak sepi walaupun ramai. Kenapa saya kata sepi? Kerana majoriti bukan datang untuk tengok pertandingan. Mereka berada di situ dan mahu tak mahu, sama-sama menonton pertunjukan percuma di depan mata. Daripada situ, dapat dilihat dengan sorakan pun kurang. Suasana agak sunyi.Di mana mutu Kejohanan Peringkat Dunia apa bila buat di Jonker Street. Seolah-olah mereka yang bertanding telah menjadi Joker di Jonker Street.

Seterusnya saya nampak, gambar ‘Mamee’ yang besar di belakang. Logo mamee memenuhi ruang belakang backdrop. Aduh, seolah-olah mengatakan bahawa, makan mamee untuk kelihatan seperti mereka yang bertanding. Rosak imej bina badan. Adakah Mamee merupakan penaja kejohanan? Apa yang Persekutuan Bina Badan Malaysia sedang buat?

Tahniah Syukri yang mendapat tempat kedua kategori middle, yang jadi spoil, gambar mamee di belakang

Bandingkan kejohanan jemputan beberapa negara Asean yang diadakan di Indonesia dan Kejohanan Peringkat Dunia di Malaysia. Kualitinya jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Pertandingan Bina Badan di Indonesia, bertahap dunia, sedangkan Pertandingan Bina Badan Peringkat Dunia di Malaysia, macam haram. Walaupun di Indonesia masuk kena bayar tiket, tetapi puas hati dengan penganjurannya. Terbaik!!!

Apabila ke Pra-Pengadilan di Century Mahkota Hotel. Saya terbaca di satu laman sebelum ini yang meminta datang awal kerana dikuatiri penuh, tetapi rasanya dewan pun tak penuh. Dewan pula bukan dewan besar, dewan kecil je kut. Sebahagian besar dipenuhi dengan peserta, ahli keluarga peserta, daripada Malaysia dan negara lain. Di mana penonton daripada Malaysia? Ramai ke?

Malaysia pernah menganjurkan Kejohanan Mr Universe  pada tahun 2000, tetapi mutunya jauh berbeza. Ketika itu ramai nama-nama besar turun, seperti Lee Priest dan sebagainya. Pertandingan dibuat di dewan dan adalah satu pertandingan yang ada standard-nya.

Kenapa?

Mungkin ramai yang tidak tahu,  terdapat pelbagai channel dalam bina badan. Antara yang terkenal seperti IFBB. IFBB melibatkan atlet-atlet yang kita kenal seperti Phil Heath dan sebagainya yang mana termasuk dalam kategori Pro, dan dalam masa sama terdapat kategori Amatur.

Laluan IFBB

Kejohanan peringkat negara ke Mr Asia, ke Mr Universe. Juga terdapat beberapa pertandingan peringkat amatur yang boleh melayakkan peserta mendapatkan Pro Card. Bila ada Pro Card, mereka boleh bertanding dalam Kejohanan seperti Mr Arnold Classic, dan sebagainya, dan apabila memenuhi syarat seperti mendapat tempat pertama hingga ketiga (kebiasaan), layak bertanding untuk kejohanan Mr Olympia, yang mana diiktiraf sebagai pertandingan terbesar dunia di bawah IFBB (International Federation of Bodybuilding).

Dalam masa sama, ada pelbagai lagi channel seperti INBA, Pro Division dan sebagainya. Dahulu Malaysia di bawah IFBB. Di mana kita boleh saksikan Sazali pernah pegang nama di bawah kategori Bantam Mr Universe. Kemudian berlaku satu kes melibatkan Paul Chua (AFBB). Akhirnya Paul Chua menubuhkan WBPF (World Bodybuilding and Physique Federation) dan menarik beberapa negara gabungannya dahulu dalam Asia ke dalam WBPF yang baru ini termasuk Malaysia.

Laluan WBPF

Kejohanan peringkat negara ke Mr Asia WBPF ke Mr World.

Mr World itu boleh dikatakan kejohanan terbesar untuk WBPF. Sebab itu boleh dilihat daripada nama kejohanan, 3rd WBPF Men’s World Bodybuilding Championship, di mana menunjukkan kali ke 3 atau tahun ke 3 kejohanan tersebut diadakan. Ada beberapa negara menggunakan dua channel iaitu WBPF dan IFBB termasuk Singapura yang ada dua persatuan bina badan yang berbeza, tetapi di Malaysia hanya WBPF dan tiada lagi IFBB.

Kejohanan Mr Universe yang dimenangi oleh Sazali Samad dengan Kejohanan Mr World yang dimenangi tidak sama, tetapi dilabelkan sama dengan nama Kejohanan Peringkat Dunia.  Ada yang bertanya, kenapa Wong Hong boleh bertanding sedangkan dia memiliki Pro Card. Pro Card dia di bawah IFBB dan bukannya di bawah WBPF. WBPF tiada kategori Pro lagi di masa ini dan hanya ada kategori Amatur.

Jika pertandingan Mr Universe IFBB, boleh dilihat perbezaan dari segi atlet yang sangat ramai termasuk daripada Amerika, China dan sebagainya, tetapi Mr World WBPF, boleh kira dengan jari untuk kategori. Rasanya ramai, lebih-lebih lagi yang baru, tidak tahu perbezaan ini sehingga menganggap ianya sama.

Apa-apa pun, tahniah pada atlet Malaysia yang bertanding yang mana kebanyakan mendapat keputusan yang baik seperti Wong Hong yang memenangi kategori Heavy bawah 100kg, Md Noor Syukri tempat kedua kategori Middle bawah 85kg, Zetri Munir tempat kedua kategori Welter bawah 75kg, Buddha Achah tempat ke 3 kategori Bantam bawah 65kg, Sazali Samad memenagi kategori Light bawah 70kg, dan yang hari ini, saya tak dapat keputusannya lagi. Saya akan cuba dapatkan keputusan penuh nanti.

Bersambung di entri Mr World Sangat Teruk 2.

Wong Hong ketika memenangi kategori Heavy bawah 100kg. Tahniah!!!

Nota: Saya berasa pelik, apabila seorang pengadil tiba-tiba bercakap baik dengan ‘kami berdua’, kononya dia yang menaikkan Syukri kali ini, sedangkan dalam masa sama dia yang menjatuhkan Syukri tahun lepas.

Nota: Saya akan cuba masukkan gambar-gambar yang lebih baik nanti.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube