Kongsi

Penggunaan Antiperspirant dan Deodorant

Rata-rata orang ramai hanya mengambil berat tentang kebersihan diri dan kurang memberi penekanan terhadap bau badan (Laden, 1988). Bau badan adalah lumrah kepada semua orang. Masalah bau badan adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik, kesihatan, makanan, obesiti, kebersihan, dan jenis pakaian yang dipakai (Oktaviana et. al, 2019). Masalah bau badan jika tidak diatasi mampu membuatkan seseorang kurang berkeyakinan (Siskawati, Bernadette & Menaldi, 2014) dan ada juga sebaliknya.

Gambar 1: Bau busuk yang kurang menyenangkan

 

Sesetengah individu beranggapan bau badan yang teraktif daripada badan mereka adalah semulajadi dan tidak menjadi bebanan kepada mereka ketika menghidu. Akan tetapi, masalah ini timbul kepada orang sekeliling di mana bau busuk/hanyir/hamis/pahit/alkohol/hot flash akan terhidu (Mstar, 2021). Menerusi petikan Mstar (2020), terdapat 5 makanan yang mampu meningkatkan bau badan seseorang seperti; 1) ikan kerana kandungan kolinya, 2) daging merah mampu membuatkan peluh seseorang itu berbau, 3) sayuran cruciferous (brokoli dan bunga kobis) kerana mengandungi sulfur, 4) bahan tumis (bawang putih, bawang merah, kari) turut mengandungi sulfur, 4) asparagus kandungan belerang membuat urin menjadi berbau busuk.

 

Oleh disebabkan itu, penggunaan seperti antiperspirant dan deodorant adalah sangat digalakkan. Secara amnya, antiperspirant sebagai ejen melindungi dari peluh dan bau badan, dan deodorant ejen   melindungi daripada bau badan (Siskawati, Bernadette & Menaldi, 2014). Kebanyakan antiperspirant dan deodorant yang dijual di pasaran berbentuk seperti aerosol, sprays, cream, roll-on, deodorant stick, gels, dan pads. Produk-produk seperti ini mampu meningkatkan keyakinan diri dan memberi kualiti hidup yang baik terhadap semua orang (Callewaert, Hutapea, Wiele, Boon, 2014).

Gambar 2: Penggunaan antiperspirant atau deodorant membuatkan seseorang lebih berkeyakinan

 

Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah teori telah menyatakan bahawa kesan penggunaan antiperspirant mampu menyebabkan kanser payudara lebih-lebih lagi kepada golongan wanita. Hakikatnya, menerusi artikel yang dipetik daripada Hello Doktor (2018), seorang pakar kesihatan dari Persatuan Kanser Amerika telah menyatakan teori-teori tersebut tidak mempunyai bukti yang kukuh dalam mengaitkan antiperspirant penyebab risiko kepada kanser payudara. Selain itu, tinjauan yang dilakukan oleh Allam (2016), turut mendapati tiada hubungan signifikan di antara penggunaan antiperspirant dan deodorant terhadap risiko kanser payudara.

Penggunaan antiperspirant dan deodorant dalam dunia sukan adalah amat penting. Menurut Hassmen & Blomstrand (1995), antiperspirant dan deodorant yang mangandungi pudina mampu membantu meningkatkan motivasi, perasaan, dan personaliti seseorang atlet tersebut. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Raudenbush (2000), mendapati penggunaan antiperspirant dan deodorant pudina mampu meningkatkan semangat dan mengurangkan tahap keletihan dalam kalangan atlet.

Secara kesimpulannya, penulisan pada kali ini adalah ingin berkongsi dan memberi kesedaran kepada semua orang mengenai masalah bau badan dan cara untuk mengatasinya. Penggunaan antiperspirant dan deodorant lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang rajin bersukan dan bersenam adalah penting bagi mengurangkan masalah bau badan, dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri.

Rujukan:

1] Laden, K. (1988) In: Laden K, Felger CB (eds) Introduction and history of antiperspirants and deodorants. Antiperspirants andDeodorants Marcel Dekker, New York, pp 1–1420

2] Oktaviana, M. I., Pahalawati, I. N., Kurniasih, N. F., & Genatrika, E. (2019). Deodorant Spray Formulation  of Essential Oil of Lemon Basil (Ocimum basilicum L.) Leaves as an Antibacterial Agent against Body Odor Causing Bacterium, Staphylococcus epidermidis. Pharmaceutical Journal of Indonesia. Vol.16 No. 02 Desember 2019:396-405

3] Siskawati, Y., Bernadette, I., & Menaldi, S. L. (2014). Bau Badan : Patogenesis dan Penatalaksanaan. Tinjauan Pustaka.  Vol. 41 No. 1 Tahun 2014; 32 – 41

4] Callewaert, C., Hutapea, P., Wiele, T. V. D., & Boon, N. (2014). Deodorants and antiperspirants affect the axillary bacterial community. Laboratory of Microbial Ecology and Technology (LabMET), Faculty of Bioscience Engineering, Ghent University, Coupure Links 653, 9000 Ghent, Belgium.

5] Mstar (2021). Bukan sebab berpeluh saja, jom ambil tahu jenis bau badan disebabkan masalah kesihatan. Dicapai: https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/01/29/bukansebabberpeluhsajajomambiltahujenisbaubadandisebabkanmasalahkesihatan

6] Mstar (2020). Bukan sahaja bawang tapi jangan tak tahu, 5 makanan ini buat badan berbau! Dicapai: https://www.mstar.com.my/xpose/mode/2020/09/18/bukansahajabawangtapijangantaktahu5makananinibuatbadanberbau

7] Hello Doktor (2018). Betul Ke ‘Antiperspirant’ dan Deodoran Punca Kanser Payudara? Ini Fakta Wanita Wajib Tahu. Dicapai: https://says.com/my/seismik/antipeluhdandeodoranpuncakanserpayudara

8] Allam, M. F. (2016). Breast Cancer and Deodorants/Antiperspirants: A Systematic Review. Cent Eur J Public Health 2016; 24 (3): 245–247.

9] Hassmen. P & Blomstrand, E. (1995). Mood state relationships and soccer team performance. Sport Psychologist. 9, 297- 308.

10] Raudenbush, B. (2000). The effects of odors on objective and subjective measures of physical performance. The Aroma-Chology Review 9, 1-5.

Adib Farhan

Adib Farhan Zaime

Adib Farhan merupakan seorang pelajar Phd dalam bidang pendidikan (Teknikal & Vokasional). Beliau bergiat aktif dalam sukan/aktiviti seperti; Taekwando & Memanah sejak dibangku sekolah. Beliau juga pernah menjadi salah seorang pengajar dalam sukan memanah di Johor.

Penglibatan dalam bidang kecergasan bermula apabila beliau mempunyai masalah kesukaran untuk tidur (Insomnia). Sepanjang mengikuti bidang kecergasan ini beliau telah selesai mengikuti beberapa kursus seperti; Fitness Instructor dan Professional Diploma in Sports Nutrition.

Facebook