Pengambilan Creatine Punca Keguguran Rambut?

Makanan tambahan seperti Creatine, BCAA, Glutamine dan lain-lain adalah tidak asing kepada mereka yang berkecimpung dalam dunia sukan. Seperti yang diketahui peranan utama Creatine adalah untuk meningkatkan prestasi aerobik, membantu dalam pemulihan selepas latihan, meningkatkan ketumpatan tulang, meningkatkan metabolisme glukosa, dan menambahbaik prestasi otak (Radzi, 2016).
Gambar 1: Creatine (contoh)

Apa itu DHT?
DHT adalah tergolong dalam Androgen. Hormon ini dihasilkan dengan mengubah Testosterone menjadi DHT dengan bantuan enzim 5-Alpha Reductase (5-AR) (Vertamala, 2021 & Zulkafli, 2021). Merujuk Jewel (2019), Androgen adalah penyumbang kepada perkembangan ciri-ciri seseorang lelaki seperti bulu badan, bersuara garau, dan perkembangan otot. Tetapi ia juga boleh membuat seseorang lelaki itu kehilangan seperti rambut dengan lebih cepat dan lebih awal. DHT pula berperanan dalam perkembangan penis dan prostat, serta berperanan dalam perubahan kematangan seseorang (Vertamala, 2021).
Perkaitan Creatine dan DHT terhadap keguguran rambut.
Signifikan pengambilan Creatine mampu meningkatkan kadar hormon DHT seseorang dan sekaligus cenderung kepada masalah keguguran rambut dan kebotakan yang dikenali sebagai Alopesia Androgenetik. Walau bagaimanapun, kesan ini tidak terjadi kepada semua orang kerana kesan ini juga mempengaruhi faktor genetik bagi sesebuah keluarga (Kivi, 2019). Pola pengurangan rambut dan kebotakan pada peringkat awal bermula pada bahagian dahi dan seterusnya akan terbentuk “M” shape. Di samping itu, rambut akan mula berkurang dan menipis pada bahagian crown (Legiawati, 2013). Oleh itu, jika seseorang itu mempunyai latarbelakang keluarga yang mempunyai masalah keguguran rambut dan kebotakan, maka semakin tinggi pengambilan Creatine, semakin tinggi kadar hormon DHT terhasil.

Cara perawatan.
Terdapat beberapa jenis rawatan yang mampu mengurangkan kesan terhadap DHT dan menyuburkan kembali folikel rambut seperti:
- Finasteride dan dutasteride
- Platelet-rich plasma (PRP)
- Terapi laser
- Minoxidil
- Biotin
Gambar 3: Rawatan PRP
Akan tetapi, jika seseorang itu mengalami masalah kebotakan yang teruk, rawatan seperti hair transplants mampu mengatasinya. Meskipun itu, seseorang yang menghadapi masalah ini sewajarnya berjumpa dan merujuk kepada pakar terlebih dahulu sebelum mengambil atau melakukan sesuatu rawatan tersebut. Secara keseluruhannya, tidak kesemua atlet atau pengiat sukan mampu mengambil Creatine sebagai makanan tambahan, ini kerana keguguran rambut dan kebotakan mungkin akan terjadi kepada seseorang yang berisiko kepada masalah Alopesia Androgenetik.
Rujukan:
1) Radzi, A. (2016). 5 Sebab Anda Patut Ambil Creatine. Dicapai: https://strengthsifoo.com/5-sebab-anda-patut-ambil-creatine/
2) Merwe, J. V., Brooks, N., & Myburgh, K. H. (2009). Three Weeks of Creatine Monohydrate Supplementation Affects Dihydrotestosterone to Testosterone Ratio in College-Aged Rugby Players. Clin J Sport Med. Volume 19, Number 5, September 2009
3) Vertamala, A. (2021). Mengenal DHT, Hormon Pemicu Kebotakan: Apakah Anda Memilikinya?. Dicapai: https://hellosehat.com/pria/gangguan-hormon-pria/dht-hormon-pemicu-kebotakan/
4) Zulkafli, M. N. (2021). Mengapa Lelaki Lebih Berisiko Jadi Botak? Ini 5 Cara Kawal Hormon Elak Rambut Gugur. Dicapai: https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/penjagaan-rambut/hormon-dht-botak/
5) Jewel, T. (2019). Dicapai: https://www.healthline.com/health/dht
6) Kivi, R. (2019). Male Pattern Baldness. Dicapai: https://www.healthline.com/health/male-pattern-baldness
7) Legiawati, L. (2013). Alopesia Androgenetik. Departemen Ilmu Kesehatan Kulit dan Kelamin. FK Universitas Indonesia /RSUPN dr. Cipto Mangunkusumo Jakarta. Vol. 40 No.2 Tahun 2013:96-101.