Kepentingan Senaman

Cuba buat 1 eksperimen mudah

1. Berdiri tegak
2. Tutup mata dan berdiri tegak
3. Tutup mata dan telinga, berdiri tegak

Kursus Kecergasan 2024

Pertama, bila berdiri tegak, berapa lama boleh berdiri tanpa bergoyang? Bandingkan dengan yang kedua, bila berdiri tegak dengan mata tertutup, terasa tak selepas beberapa ketika seolah-olah badan bergoyang nak jatuh. Kemudian cuba bandingkan pula berdiri dengan keadaan mata dan telinga di tutup, adakah goyangan itu lebih cepat? Badan terasa melayang-layang hendak jatuh.

Keadaan ini menunjukkan seseorang apabila usianya meningkat. Apabila usia meningkat, majoriti akan mula kehilangan daya penglihatan dan diikuti dengan daya pendengaran. Betul tak? Secara tak langsung apabila daya penglihatan dan pendengaran dah merosot, badan mula terasa bergoyang-goyang. Badan tidak lagi stabil berbanding di usia muda.

Sebagai contoh seorang yang berusia dan tidak mempunyai apa-apa sakit merbahaya, masuk ke tandas. Apabila berdiri tidak berapa stabil dan kebetulan lantai licin sedikit (padahal kalau yang muda berdiri tak terasa pun licin sebab orang muda dapat menstabilkan diri dengan mudah). Keadaan licin ini menyebabkannya terjatuh. Otot tidak mampu menahan pergerakan badan yang bergoyang. Apabila jatuh, tulang pinggul patah. Tulang pun tak berapa kuat lagi berikutan peningkatan usia.

Disebabkan tulang pinggul patah, masuk ke hospital. Tulang pinggul mengambil masa yang lama untuk pulih. Jadi akan tinggal di hospital untuk satu tempoh yang agak lama. Makanan hospital diberi sama seperti orang muda. Jumlah kalorinya sama sedangkan kadar metabolisme semakin rendah mengikut usia. Akhirnya berlebihan kalori, nak bergerak bakar pun tak boleh.

Paras gula semakin meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing manis. Disebabkan baring sahaja dan ada luka di bahagian pinggul, luka lambat elok. Akhirnya menyebabkan lubang yang teruk di bahagian tersebut. Disebabkan lama duduk di hospital, tekanan darah meningkat. Akhirnya menyebabkan sakit jantung dan strok.

Apa sebenarnya punca? Jatuh di dalam tandas? Sebenarnya kerana tidak bersenam. Penjagaan makanan yang baik akan melambatkan proses kemerosotan daya penglihatan dan pendengaran. Senaman yang konsisten menguatkan otot dan menyebabkan badan berdiri dengan stabil. Seorang yang bersenam dapat mengawal badan daripada jatuh walaupun keadaan bergoyang-goyang. Cuba bayangkan keadaan yang bergoyang di dalam keretapi. Biasanya orang muda mampu berdiri dalam keretapi yang bergoyang tetapi bagaimana dengan mereka yang dah meningkat usia?

Senaman juga meningkatkan kadar serapan kalsium dan sekaligus menguatkan tulang. Jika jatuh sekali pun, tulang pinggul tidak mudah patah. Saya pernah lihat seorang perempuan berusia 84 tahun masih bersenam di gymnasium dan mampu buat squat 60 kg. Agaknya bagaimana anda pada usia 60 tahun? Mencegah itu lebih baik dari mengubati

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

21 thoughts on “Kepentingan Senaman

  1. slamat pg dato…nak tanya ni saya ni kalau dr segi diet dah jaga dah…senam pn 4 kali sminggu..makan pula makan benda berkarbohidrat n protein…garam,ajinomoto n gula x sentuh langsung tp knp pula saya blh buncit??? prut pn train mcm biasa….benggang rasanya..boleh tlg berikan petua x..

    1. comfirm cukup makan? cukup train?
      brapa lama dah train? ada perubahan?

      1. kalau dr segi makan saya makan 5kali shari tp kdg2 4kali depend ngan roaster kerja saya.biasanya training saya, saya akan train 3hari rehat 1 hari and depend pd roaster keja juga tp scara puratanya dlm sminggu mmg 4 hingga 5kali training. saya dah train slama dekat 1 tahun perubahan mmg ada mmg ada part yg dah dapat cuma masalahnya saya nk dapatkan perut that y pemakanan saya jaga, saya cuma makan ayam bakar n aym stim jea cz nak mengelakan garam n ajinomoto tp masalahnya perut mcm makin besar.mcm ada yg tak betul…boleh dato berikan sedikit tips utk perbetulkan keadaan @ cara training n pemakanan yg d cadangkan….nak juga cuba…sekian…

          1. kabohidrat pula ambil nasi, kentang,ubi kayu, pasta n roti2…tp biasa lebih kepada nasi…biasanya menu makanan nasi putih, ayam bakar n labu ..menu tipu pula biasanya sminggu skali jea…sbb target nak cuma dapatkan potongan perut tp lain pula yg terjadi..

          2. sy masih x dpt gambaran lg, mcm mana dgn progresive training? dari segi penambahan bebanan? kekuatan dll? ada perubahan? body fat? n cara training skrang?

      2. Aslm dato,
        sory tjuk lari skit..sy ni kurus tinggi.berat 52 , tinggi 176..BMI sya 18.4..Metabolisma sy tinggi..susah nak naikkan berat badan..bila workout pun Susah nak naik otot..sya tak main gym dan tak ambk supplement..sya hnye main street workout sperti main bar kt taman dan push up kt rumah je..bleh dato bg sya pmakanan yng boleh mnambahkan brat bdan dan workout yng brkesan …? satu lg boleh ke mlambatkan kadar metabolisme supaya badan cepat gemuk dan naik?

  2. haha..aku slalu g gym dulu.. tapi slepas xsiden x pergi dah..
    body pun dah smakin kurus.. tak macam dulu..

  3. aie rudyz says:

    pergh….erm…pagi nie gak naik treadmill…he he he….

  4. em dato,biasanye, bila lepas makan, nk tungu berapa lama processnya untuk nak mulakan workout?

    1. klu xslh dlm 3-5jam baru blh workout..

    2. setiap org mungkin x sama. kadar penghadaman berbeza. high metabolisme mungkin cepat. cuma sebagai rujukan 2-3jam, atau mungkin lebih.

  5. Apa effect kalau setengah jam lepas mkn masuk gym?? Saja nk tahu kesannya..

    1. bila makanan x digest lg, blood akan circulate kat 2 tempat, 1 ke kawasan digestion, 1 lg utk kerjakan part badan yg dilatih dan malang skali, tumpuan akan diberi ke otot yg bekerja, jd x dpt nak digest makanan. bila terlalu byk, ada kemungkinan makanan tersebut akan terkeluar kembali.

  6. senaman apakah yg sesuai utk wanita 30 an.bukan utk menurunkan berat badan,tetapi utk kekal sihat dan fit

    1. cara paling mudah, maintain latihan litar pun ok. boleh dilakukan di rumah. cuma kena igt, bila meningkat umur, metabolisme semakin turun.jd pemakanan mungkin x sama setiap tahun, jd sama ada tambah intensiti latihan atau kurangkan makanan, tp sy rasa elok tambah intensiti latihan. maintain lemak berada pada paras yg baik. 🙂

  7. Utk cik pillow…cuba tukar nama kepada cik blanket..mungkin boleh kempis sket perut tu..nama tak serasi tu…

  8. Firdaus007 says:

    Aslm dato,
    sory tjuk lari skit..sy ni kurus tinggi.berat 52 , tinggi 176..BMI sya 18.4..Metabolisma sy tinggi..susah nak naikkan berat badan..bila workout pun Susah nak naik otot..sya tak main gym dan tak ambk supplement..sya hnye main street workout sperti main bar kt taman dan push up kt rumah je..bleh dato bg sya pmakanan yng boleh mnambahkan brat bdan dan workout yng brkesan …? satu lg boleh ke mlambatkan kadar metabolisme supaya badan cepat gemuk dan naik?

Leave a Reply to aie rudyz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: