Pertandingan Bina Badan

Berikut musim pertandingan bina badan di Malaysia yang bermula dengan Mr Man O Classic di Bangsar Sport Complex pada 16hb April 2011 ini, ingin saya bercerita sikit tentang pertandingan bina badan secara keseluruhannya di Malaysia.

Kebiasaannya bagi pertandingan yang besar, ada 13 kategori dipertandingkan. 1 kategori master, 2 kategori remaja, 9 kategori terbuka dan 1 kategori overall.

1. Kategori Master (Berumur 45 tahun ke atas)
2. Kategori Remaja Bawah 70 kg (Berumur 21 tahun ke bawah)
3. Kategori Remaja Atas 70 kg (Berumur 21 tahun ke bawah)
4. Kategori Terbuka Light Fly (Bawah 55 kg)
5. Kategori Terbuka Fly (Bawah 60 kg)
6. Kategori Terbuka Bantam (Bawah 65 kg)
7. Kategori Terbuka Light (Bawah 70 kg)
8. Kategori Terbuka Welter (Bawah 75 kg)
9. Kategori Terbuka Light Middle (Bawah 80 kg)
10. Kategori Terbuka Middle (Bawah 85 kg)
11. Kategori Terbuka Light Heavy (Bawah 90 kg)
12. Kategori Terbuka Heavy (Atas 90 kg)
13. Kategori Terbuka Overall (Semua pemenang berat kategori terbuka)Kursus Kecergasan 2024

Manakala pertandingan kecil biasanya 5 kategori. 2 kategori bakat baru, 2 kategori terbuka dan 1 kategori overall. Kategori terpulang pada penganjur.

1. Kategori Bakat Baru (Bawah 70 kg)
2. Kategori Bakat Baru (Atas 70 kg)
3. Kategori Terbuka (Bawah 70 kg)
4. Kategori Terbuka (Atas 70 kg)
5. Kategori Overall Champion (Semua pemenang kategori)

Manakala 7 gaya wajib diperagakan.

1. Front Double Biceps


2. Front Lats Spread


3. Side Chest


4. Back Double Biceps


5. Back Lats Spread


6. Side Triceps


7. Abdominal and Thighs

Ada pertandingan yang menambah 1 lagi gaya wajib iaitu most muscular pose.

Pertandingan dimulakan dengan pre-judging atau pra-pengadilan dengan semua peserta kategori akan memperagakan 7 gaya wajib. 6 peserta akan dipilih ke pertandingan akhir di mana pada pertandingan akhir peserta akan diberi masa selama 1 minit dengan muzik untuk memperagakan gaya bebas dan diikuti dengan 7 gaya wajib sebelum diakhiri dengan 90 saat gaya bebas dengan muzik semua peserta. Begitulah serba sedikit proses pertandingan bina badan di Malaysia.

(Model dalam gambar adalah Syukri, mungkin gambar tak berapa jelas kerana posing-posing ini ditangkap ketika pertandingan. Kalau berkesempatan, saya akan masukkan gambar baru nanti)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

33 thoughts on “Pertandingan Bina Badan

  1. ki, aku lepas masuk bakat baru man O tak?

    1. Zaki Khan says:

      langgar je. menang kalah tu lain crita

  2. nak tanya kat mana nak beli posing trunk…… kalau ada, kat kedai mana..ada alamat dan no tel. x…

    1. Zaki Khan says:

      kat kl plaza, bahagian tepi, ada 1 kedai weider

  3. owh..mahal x..
    aku dengar sifu zetri pun ada jual jugak….
    en. zaki tau x, no tel sifu zaki…

    1. Zaki Khan says:

      kalau di weider, harga sekitar rm120 kalau x silap. zetri pun ada jual, jauh lebih murah. biasanya zetri ada buka booth di contest2 bina badan. xtau dia ada antar satu2 x. jika nak no dia, sertakan email. x bleh nak publish kat sini. kang dia marah plak

      1. adam hawa says:

        boleh xpertandingan bina badan pakai boxer? malulah nampak telur..huhu.. pakai boxer sopan sikit xnampak anu…huhu

        1. contest sendiri boleh. letak syarat tertentu, mungkin pakai jeans dll

  4. pembetulan…sifu zetri

  5. malaysiafree says:

    Baru beli posing trunk kat weider. RM140. Buat masa ni badan memang takde cutting body builder so gunakan posing trunk utk swimming.
    Setakat ni ok jelah. Takde pulak life guard tu sound pulak.

      1. Beli dekat weider sunway. Brand andreas cahling. Warna biru. Segan jugak nak beli dan pakai sebab seksi sangat. Tapi dah beli, selambalah pergi swim. Tapi pergi swimming pool yg tak ramai orang la.

        Selau kat mana jual posing trunk yg murah?

          1. Mcm mana nak order? Bolehlah email kat saya kalau ada katalog. Thanks.

    1. ya, sorry, sy pun baru perasan, webmaster lama x buh lg pasal posing trunk

  6. ingat nak beli jugak posing trunk…

  7. berapa ringgit bro jual posing trunk tu

  8. oic… ok la tu..jenama aper… fabrik dia ok tak…. tahan lama

  9. zaki nak Posing trunk macam mana bayaran nya.berapa harga kau ada no fon kah…

      1. mie besibaru says:

        hehe gambar amran pon ada dlm paper kosmo, iklan ubat herba..

  10. jenama aper posing trunk tu

  11. lain2 jenis posing trunk ader tak

  12. adam hawa says:

    pakai kiki lala pun xpe..asal body mantap..refree bukan tgk trunk..tgk body..hihihi

  13. Hai Zaki Khan!

    Laman kau ini baguslah. Ini boleh menolong aku di dalam sukan yang amat aku minati ini, iaitu binabadan. Syabas!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: