Pull Up vs Chin Up

Apa beza chin up dan pull up? Nampak serupa tapi ada perbezaan daripada penggunaan otot, sudut sendi dan julat pergerakan.
Chin up lebih mudah berbanding pull up. Kedua-dua variasi ini menyasarkan otot lattisimus dorsi dan otot-otot belakang atas (upper back) disekitar bilah bahu (shoulder blade). Kedudukan tangan dalam keadaan ke dalam (supinated) mengaktifkan otot bisep dan brachialis. Kedudukan ini beri kelebihan mekanikal pada pergerakan fleksi bisep.
Kedudukan tangan ke luar (pronated) mengurangkan penglibatan bisep. Brachioradialis pula yang bekerja. Otot fleksor tangan ini tidak beri bantuan besar seperti otot bisep dan brachialis. Otot belakang atas (upper back), lattisimus dorsi, trapezius dan rotator cuff juga bekerja dalam pergerakan pull-up.
Carta di bawah menunjukkan aktiviti otot EO external oblique, ES erector spinae, PM pec major, LT lower trap, ISP infraspinatus, BB biceps brachii dan LD lattisimus dorsi.
Rujukan
1. https://juniperpublishers.com/jpfmts/pdf/JPFMTS.MS.ID.555669.pdf
Tuan….mungkin tuan boleh bahas tentang street lifting (Calisthenics weighted) mungkin lepas ni…..sebab nampak menarik dia punya konsep..lebih kurang powerlifting gitu
insyAllah boleh diusahakan