Lakukan Senaman Ini Untuk Kuatkan Otot Bahu Belakang!

Cable Face Pull menguatkan otot bahu belakang

Bahu terdapat tiga otot kecil iaitu bahagian depan, tengah dan belakang. Bahagian depan dan tengah merupakan otot bahu yang selalu digunakan dalam senaman-senaman lain.

Contohnya, incline bench press atau incline dumbbell press tetap melibatkan otot bahu depan.

Overhead press pula menyasarkan otot bahu tengah secara khusus.

Jadi, otot bahu belakang macam mana?

Ia tidak boleh diabaikan. Meskipun ia kecil, tidak bermakna ia tidak penting. Ingat, otot bahu perlu dipertingkatkan kekuatannya secara menyeluruh.

Hal ini kerana ia memberi kesan kepada postur badan, kestabilan teras badan dan sebagainya.

Jadi, dalam artikel ini, saya akan menceritakan satu senaman yang boleh dilakukan untuk menguatkan otot bahu belakang.

Iaitu, cable face pull.

Kita hanya memerlukan satu cable.

Apabila kita masuk ke gim, kita akan nampak satu cable cross, bukan? Jadi, untuk senaman ini, kita hanya memerlukan satu belah sahaja, yakni satu cable.

Cable Face Pull

Cara-cara hendak melakukan cable face pull:

  1. Pakai satu two sided rope yang selalu dipakai untuk melakukan tricep pushdown.
  2. Tinggikan cable setara dengan kepala kita.
  3. Berdiri selesa, kaki mesti satu paras dengan bahu.
  4. Pegang pemegang rope tersebut dengan dua belah tangan.
  5. Tarik ke muka kita.
  6. Tarik sampai belakang sehingga kita berasa otot bahu belakang kita diaktifkan.
  7. Ulang pergerakan ini dengan julat pergerakan yang penuh sebanyak 10-12 repetisi, 4-5 set.

Kenapa guna cable?

Kerana, dengan cable sahaja badan kita boleh berdiri tegak selesa.

Sekiranya kita hendak menggunakan dumbbell, kita perlu membongkokkan badan kita supaya pergerakan menarik itu dapat menyasarkan otot bahu belakang.

Jadi, ada dua kerja di situ. Satu, kita perlu menstabilkan badan dalam posisi bongkok. Disebabkan ini, teras badan kita akan berasa penat. Dua, kita perlu memaksimumkan senaman supaya benar-benar menyasarkan otot bahu belakang.

Untuk elak dua tiga kali kerja, kita hanya perlu menggunakan cable.

Rujukan

  1. The Best Cable Rear Delt Exercises. https://fitnessvolt.com/cable-rear-delt-exercises/
Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: