Muntah Ketika Bersenam
Kenapa ada orang muntah atau loya ketika bersenam?
Ini adalah kondisi yang disebut sebagai exercise induced nausea. Biasanya rasa sakit, loya dan muntah sama ada semasa senaman atau selepas itu. Ia boleh dijadi disebabkan intensiti latihan itu sendiri yang keterlaluan dengan badan anda ketika itu.
Ada juga kes disebabkan kemasukan air yang seterusnya menyebaban sakit kepala dan nausea. Senaman berintensiti tinggi menyebabkan darah bertumpu ke kawasan senaman dan kurang di perut serta kepala. Ia boleh jadi kurang atau berlebihan. Minum terlalu banyak air juga boleh menyebabkan loya, cirit birit, dan sebagainya. Terlalu banyak air juga boleh menyebabkan elektrolit cair dan menyebabkan hyponatremia.
Rujukan
Exercise-induced nausea is exaggerated by eating, PMID 11237347





