Rutin Senaman Kevin Hart yang Mengagumkan

Siapa yang tidak mengenali Kevin Hart? Beliau merupakan salah satu daripada nama-nama besar dalam dunia komedi. Sekali saja beliau menganjurkan konsert komediri, pasti berpuluh ribu yang datang untuk bergelak ketawa.

Di samping sebagai seorang pelawak tersohor dari Amerika Syarikat, Kevin Hart juga merupakan seorang peminat kepada dunia angkat berat. Lihat daripada tubuhnya sahaja, kita boleh tahu bahawa dia ini amat aktif orangnya.

Rakan baik The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson ini tidaklah kecil semata-mata kecil. Dia pergi ke gim setiap hari kecuali Ahad! Mari kita sama-sama belajar, apa yang Kevin Hart lakukan sehingga mendapat bentuk badan yang sangat cergas.

Sebelum itu, saya pernah menyiar satu artikel tentang senaman-senaman wajib yang dilakukan oleh The Rock. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini: Inilah senaman The Rock untuk jadi besar.

Kursus Kecergasan 2024

Pemakanan yang sihat

Sebelum kita masuk kepada senaman, diet Kevin Hart juga adalah sangat sihat. Dia makan beras perang, ayam panggang, sayur-sayuran, terutamanya salad. Namun, sekarang Kevin Hart lebih kepada mengambil sumber tumbuh-tumbuhan. Malah, dia telah membuka cawangan kedai makannya sendiri yang menjual makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, iaitu Hart House.

Kata Kevin Hart, makanan yang sihat wajiblah dijual dengan harga yang berpatutan. Biarkan lebih ramai orang makan makanan yang sihat. Apabila dilihat dalam gambar di atas, bukan sahaja sihat, malah makanan tersebut dihidangkan dengan sangat mengiurkan. Ini adalah satu usaha yang sangat baik!

Tidur dengan cukup

Dari segi waktu tidur, Kevin Hart secara konsistennya tidur selama 5 jam sehari. Ini diceritakan oleh pekerja videografi peribadinya sendiri, Kevin Kwan. Kata dia, Kevin Hart pernah pergi ke kelab malam dan meluangkan masa di sana dengan seorang rakan selebriti, iaitu Drake. Selepas itu, dia akan ke lokasi persembahan komediri yang seterusnya. Dalam perjalanan, dia akan bermain permainan video. Tegas Kwan, dia tidak pernah merungut.

Kevin Hart tidur selama 5 jam kerana dia mampu dan itu adalah yang paling berkesan untuknya. Maksudnya di sini, kita haruslah tidur dengan kadar yang perlu. Jangan kurang dan jangan lebih. Tidur merupakan salah satu keperluan biologi kita. Maka, tidurlah dengan cukup.

Jaga kesihatan mental

Kevin Hart percaya, kesihatan yang wajib dijaga selain daripada fizikal adalah mental. Kevin Hart merupakan salah seorang rakan kongsi aplikasi HeadSpace untuk berkongsi hal-hal pembangunan diri. Dalam satu siri di YouTube, dia dan Tiffany Haddish pernah berkolaborasi berceritakan tentang meditasi dalam Meditate with Me.

Jadual senaman

Seperti yang dinyatakan awal tadi, Kevin Hart hanya berehat pada hari Ahad. Hari-hari yang lain, dia akan bersenam dengan bersungguh-sungguh. Kenapa dikatakan bersungguh-sungguh?

Pertama, kardio untuk memanaskan badannya sahaja adalah berlari sejauh 5 kilometer. Ini meruapkan langkah permulaan sebelum beralih kepada latihan beban.

Kedua, Kevin Hart memperuntukkan satu hari khusus untuk senaman CrossFit. Ini adalah untuk meningkatkan ketahanan dan stamina badan.

Ketiga, pada hari-hari yang lain, Kevin Hart akan melakukan latihan beban mengikut kumpulan otot. Contohnya, pada hari Isnin, dia akan fokus pada lengan dan dada. Rutin begini sama sahaja seperti rutin yang dilakukan oleh ahli bina badan.

Satu lagi perkara, Kevin Hart suka sangat dengan Mesin Rowing. Mesin ini adalah salah satu jenis kardio terbaik untuk membakar lemak. Disebabkan suka, Kevin Hart mempunyai satu Mesin Rowingnya sendiri di rumah.

Kesimpulan

Kevin Hart yang sangat sibuk pun masih mempunyai disiplin yang tinggi untuk bersenam dan berlatih beban. Kata Kevin Hart sendiri, masalahnya bukan “ada masa”, tetapi “urus masa” dengan baik.

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: