Senaman untuk Kuatkan Tenaga Batin

Tenaga batin yang kuat datang daripada badan yang aktif
Individu yang mengalami obesiti sinonim juga mengalami disfungsi seksual.
Disfungsi seksual ialah ketidakmampuan seseorang individu mencapai kepuasan seks. Ketidakmampuan ini berlaku secara umumnya disebabkan fizikal yang tidak sihat. Seperti yang dikatakan pada awal tadi, iaitu obesiti.
Selain daripada obesiti, orang yang tidak aktif (tidak bersenam secara berkala) juga boleh mengalami disfungsi seksual.
Atau dengan bahasa mudahnya, mati pucuk!
Persoalannya, adakah ada hubungan yang positif antara senaman dengan tenaga batin? Menurut kajian Jiannine, ada!
Kajian beliau itu berjudul An investigation of the relationship between physical fitness, self-concept, and sexual functioning.
Kajian dilakukan kepada 113 sukarelawan. Hasilnya, kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara senaman dan tenaga batin.
Ketahanan kardiovaskular sangat penting bagi kelangsungan perlakuan seks di atas ranjang. Tanpa ketahanan kardiovaskular, “perjalanan” seks yang berlangsung tidak dapat dinikmati dengan maksimum.
Bukan itu sahaja, kekuatan otot (atau strength) juga menunjukkan kesan yang positif kepada tenaga batin kita. Ini adalah kerana ketika kita melakukan senaman angkat beban, banyak testosteron yang dilepaskan.
Sifir mudahnya, tinggi testosteron, kuat tenaga batin.
Tetapi..
Betulkah yang ada senaman-senaman tertentu untuk menguatkan tenaga batin?
Jawabnya tidak.
Secara umumnya sahaja, ya. Tidak ada senaman-senaman khusus untuk menguatkan tenaga batin. Setiap senaman adalah baik untuk meningkatkan tenaga batin.
Contohnya, untuk latihan beban, kita perlu lebih melakukan senaman-senaman kompoun berbanding isolasi.
Senaman-senaman kompoun yang dimaksudkan adalah senaman yang melibatkan lebih daripada satu otot besar (major) seperti bench press, squat, dip dan sebagainya.
Sebab apa? Sebab senaman kompoun merupakan kunci kepada perkembangan kekuatan otot. Kalau anda serius untuk meningkatkan kekuatan otot, anda patut mulakan dengan senaman kompoun.
Pernahkah anda menonton video seseorang mengajarkan cara merenggang untuk menguatkan tenaga batin? Anda pasti pernah tonton sesuatu yang semacam itu.
Hakikatnya, apa-apa jenis renggangan badan memberi manfaat kepada tenaga batin atau perlakuan atas ranjang.
Ada satu kajian yang dilakukan membuktikan hal ini. Tajuknya, Yoga in Female Sexual Functions. Kajian ini membuktikan yoga dapat meningkatkan fungsi seksual wanita.
Apakah asas kepada yoga? Renggangan!
Kesimpulan daripada kajian tentang yoga ini membuktikan fleksibiliti meningkatkan tenaga batin.
Terlebih senam
Baik-baik, jangan sampai kita terlebih senam. Terlebih senam boleh melemahkan tenaga batin. Kesan daripada terlebih senam ialah badan kita menjadi semakin tidak bermaya.
Kesan daripada tidak bermaya itu pula membuatkan tenaga batin kita semakin lemah.
Akhir kata..
Badan anda perlu aktif sekiranya anda mahu tenaga batin anda kuat.
Terutama sekali latihan beban. Biasanya melatih beban.
Satu formula mudah dipetik daripada Menxp:
Weight training = More Testosterone Production = More Sex
Latihan beban = Lebih penghasilan testosteron = Lebih daya seks