Squat vs Deadlift

Apakah perbezaan antara squat dan deadlift? Apakah dengan melakukan squat akan menambah baik deadlift atau sebaliknya?

Jom kita lihat perbezaan pertama. Ia berbeza sasaran ototnya. Otot pertama untuk squat adalah quadriceps, dan otot kedua adalah hamstring, erector spinae serta glute. Manakala untuk deadlift, otot pertama adalah erector spinae dan otot kedua adalah glute, bahu, lower back serta upper back.

Tengok lebih jelas pergerakannya di:
http://strengthsifoo.com/data/cara-bersenam/peha-depan/barbell-squat/
http://strengthsifoo.com/data/cara-bersenam/pinggang/deadlift/

Perempuan buat squat

Kumpulan otot yang bergerak agak sama, akan tetapi cara pergerakan berbeza lebih-lebih lagi pada ulangan pertama. Pergerakan pertama squat adalah pergerakan eccentric. Sudut di antara femur dan tibia fibula berkurang. Dalam istilah disebut membina reactive strength. Manakala deadlift terbalik. Pergerakan pertamanya bercorak concentric. Ia membina starting strength daripada ulangan pertama.

Squat boleh kata lebih pada pergerakan bangun dan duduk. Manakala, deadlift lebih pada tunduk dan cuba menyentuh ibu jari. Ada juga jenis deadlift yang menggunakan pergerakan bangun dan duduk tapi dalam kebanyakan kes, lebih kepada tunduk dan menyentuh. Fokus deadlift bukan quadriceps. Ia lebih menyasarkan bahagian posterior atau bahagian belakang.

 

Kursus Kecergasan 2024

Adakah seseorang itu boleh memperbaik deadlift melalui latihan squat? Ada sebahagian ada peningkatan daripada angkatan deadlift melalui program berasaskan squat seperti Smolov. Akan tetapi ramai juga tak dapat lihat perbezaan. Mereka perlu latih deadlift untuk tingkatkan kekuatan deadlift.

Bagi pemahaman yang lebih jelas perbezaan squat dan deadlift, boleh rujuk kajian:
Kinematic analysis of the powerlifting style squat and the conventional deadlift during competition: is there a cross-over effect between lifts? By Hales, Johnson and Johnson, in Journal of Strength and Conditioning Research, 2009
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19910816

Menurut kajian ini, tiada cross-over antara kedua-dua angkatan ini. Idea untuk melakukan squat atau deadlift untuk memperbaik yang lain mungkin tidak effektif.

Rujukan
http://www.strengthandconditioningresearch.com/2013/09/19/squats-deadlifts/

Deadlift vs Squat

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

5 thoughts on “Squat vs Deadlift

  1. Salam Dato’ ZK, wife saya ada sakit Scoliosis_tulang belakang bengkok). saya ada train dia squat & deadlift. Mohon bantuan nasihat Dato’ sesuai x exercise ni dgn dia. bahaya ke tak? mcm mne nk kuatkan struktur backbone dia dgn workout?

    1. berapa lama dah scoliosis? ada apa2 limitation? kenapa tak betulkan dulu

  2. Salam Dato’,
    1) bagaimana teknik untuk mencegah berlakunya ‘slipped disc’ semasa melakukan squat dan deadlift ?
    2) jika selepas melakukan rawatan aikibat ‘slipped disc’ adakan boleh lagi melakukan workout di atas?

    1. wslm.

      1. kena rajin buat stretching. jaga postur badan.
      2. boleh.

  3. Link exc?ange ?s nothing else but it is simply placing the other person’s w?bpage link on your page at
    suitab?e place and other person will also do same in support of
    you.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: