Steroid vs Natural

Jom cerita tentang natty (tanpa steroid) vs enhanced (dengan steroid).

1. Siapa patut lebihkan latihan bebanan?

Natty. Mereka perlukan frekuensi latihan yang lebih. Boleh sasarkan 1 bahagian badan yang lemah 2 kali seminggu. Pengguna steroid boleh dapat kesan yang baik dengan latihan setiap otot sekali dalam seminggu. Selepas bersenam, protein sintesis meningkat sekitar 24 jam untuk natty manakala enhanced biasanya lebih lama. Ada kajian menunjukkan, steroid anabolik bantu tingkatkan otot tanpa latihan yang betul juga.

2. Siapa patut buat lebih latihan kardio?

Enchanced. Sekiranya anda memilih menggunakn steroid, HGH, sarm dan sebagainya bermaksud anda meletakkan diri dalam risiko kesihatan. Risiko yang besar, tekanan darah meningkat, kolestrol meningkat, jantung membesar menjadi lemah dan sebagainya. Jadi, sakit penting untuk anda lebihkan senaman kardio. Senaman low intensity steady state LISS penting untuk kesihatan jantung dan turunkan tekanan darah, manakala latihan jeda (interval) elok untuk fungsi jantung.

3. Siapa perlu jaga jumlah latihan?

Natty. Jumlah latihan dengan frekuensi latihan 2 benda berbeza. Jika anda bukan pengguna steroid, anda kena kawal jumlah set latihan. Jangan buat set terlalu banyak. Walaupun anda tambah frekuensi latihan, bukan bermaksud tanpa set. Lagi lama anda berlatih, lagi tinggi paras kortisol. Kortisol akan meningkatkan kadar pembakaran otot. Steroid seperti testosteron melawan kesan kortisol. Jadi penggunanya boleh latih lebih lama. Bila berhenti guna steroid, mereka lebih cepat hilang otot disebabkan badan tutup fungsi penghasilan testosteron secara semulajadi buat sementara.

Paras testosteron yang rendah mengurangkankesan anabolism. Berhenti menggunakan steroid, badan akan melawan untuk hasilkan kortisol dengan lebih tinggi sebagai tindak balas tindak boleh hasilkan sebelum ini. Lebih banyak reseptor kortisol dengan testosteron sangat rendah ketika itu. Jadi otot akan pecah, catabolism dan anda berdepan dengan protein sintesis yang sangat rendah. Apa fungsi kortisol ketika bersenam? Ia mengatur tenaga supaya otot ada tenaga mencukupi untuk bekerja. Lebih tinggi volume latihan, lebih banyak tenaga diperlukan daripada simpanan glikogen dan lemak, lebih tinggi anda hasilkan kortisol.

Kursus Kecergasan 2021

4. Siapa perlu bekerja keras?

Natty. Kalau anda nak besar, anda keras kerja keras. Bukan melalui jumlah set, tapi anda kena paksa merangsang otot. Janganlah hanya buat senaman ringan menggunakan mesin isolasi atau menggunakan pulley/cable. Tambah senaman intensiti tinggi yang melibatkan pergerakan sendi yang pelbagai contohnya seperti deadlift, squat, olympic lift dan sebagainya. Pengguna steroid tak perlu terlalu kompleks tapi jika mereka menambah latihan sebegitu, mereka akan membesar dengan lebih jaya. Tapi kena ingat, otot menjadi lebih kuat berbanding tendon sebagai pengguna steroid. Jadi anda berdepan risiko kecederan tendon pula.

5. Siapa perlu lebih protein?

Enhanced. Protein sintesis mereka lebih tinggi. Natty ada limit penggunaan protein. Kajian menunjukkan, mereka yang natural hanya perlu sekitar 2.4 hingga 3.0 g protein untuk setiap kilogram berat badan. Tiada kesan jika mereka ambil berlebihan. Protein berlebihan akan ditukar ke bentuk tenaga melalui protein gluconeogenesis. Jika senaman anda tak mampu merangsang otot sepenuhnya, anda akan bazirkan protein yang diambil. Pengambilan protein untuk pengguna steroid bergantung pada steroid apa yang digunakan. Ada steroid tak tingkatkan protein sintesis yang banyak, contohnya trenbolone.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: