Taburan Lemak Perempuan

Perempuan dilahirkan dengan keunikan-keunikan tersendiri. Ada bentuk badan seperti pisang, ada seperti epal, ada seperti pear, ada seperti hourglass atau gitar, ada seperti durian dan sebagainya. Penyebaran lemak pun berbeza-beza. Ada di belakang tangan, ada di pinggul, ada di buah dada, ada di leher dan sebagainya.

Bentuk Badan Perempuan

Jika jaga makan atau berdiet sekali pun, ada bahagian yang lambat turun. Ada tempat yang senang turun. Betul tak? (ketika ini, ramai yang angguk tanda setuju)

Jom kita tengok taburan lemak mengikut tempat:

Pinggang – Jika lemak anda naik di bahagian pinggang atau dalam sebutan biasa disebut cupcake, love handle dan sebagainya, anda seorang yang cenderung merembeskan insulin. Secara semulajadi anda tinggi insulin. Jika anda nak bakar lemak tersebut, anda perlu jaga kuantiti makanan tinggi gula seperti nasi, air bergula dan sebagainya.

Peha – Jika lemak anda naik di bahagian bawah badan, menunjukkan paras estrogen anda tinggi. Elakkan makanan yang mungkin mencetus peningkatan estrogen seperti produk soya, susu, kopi dan sebagainya.

Perut – Biasanya disebabkan lebihan kortisol dirembeskan. Kortisol dirembeskan disebabkan tekanan atau stress. Ia juga terjadi disebabkan paras progesterone menurun. Banyakkan senaman meditasi seperti yoga untuk menurunkan tekanan anda.Kursus Kecergasan 2024

Trisep – Lemak naik di bahagian belakang lengan anda. Melambai-lambai. Ia menunjukkan paras testosterone yang rendah selain lebihan insulin. Makan makanan meningkatkan testosterone seperti avocado, minyak ikan, ikan salmon dan sebagainya. Anda juga perlu buat latihan bebanan membina otot untuk bahagian trisep dengan 8 hingga 12 ulangan setiap set. Bukan buat latihan bakar lemak iaitu 15 ulangan ke atas.

Bahagian Belakang – Lemak berkumpul di bahagian atas belakang anda berikutan paras insulin yang tinggi dan paras thyroxine yang rendah. Thyroxine mengawal kadar metabolisme anda. Tambahkan makanan seperti makanan laut, sayur hijau seperti bayam dan sebagainya untuk meningkatkan metabolisme anda.

Bawah Betis – Lemak naik di bahagian bawah betis biasanya disebabkan kekurangan hormon tumbesaran. Dapatkan tidur yang mencukupi berikutan hormon tumbesaran dirembeskan semasa tidur.

Rujukan
Stallone, D. D., Stunkard, A. J., Wadden, T. A., Foster, G. D., Boorstein, J., & Arger, P. (1991). Weight loss and body fat distribution: a feasibility study using computed tomography. International journal of obesity, 15(11), 775-780.
http://europepmc.org/abstract/MED/1778662

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: