Tak Sakit Lepas Senaman

Sebelum ini kalau bersenam, esoknya rasa sakit satu badan. Bertambah sakit kalau latih kaki. Tak boleh jalan. Seksa turun tangga. Ramai yang suka rasa sakit sebegini, seolah-olah menunjukkan, ‘no pain no gain’, ayat Arnold Schwarzenegger suatu ketika dahulu.

Adakah sakit petanda senaman berkesan?

Kenapa sakit? Sakit ini dipanggil sebagai Delayed Onset Muscle Soreness atau DOMS. Biasanya rasa selepas 24 hingga 48 jam selepas senaman. Ianya terjadi apabila otot kita cuma menyesuaikan diri dengan aktiviti baru pada badan. Tak semestinya senaman, kalau anda kali pertama berkebun pun anda akan rasa sakit. Akan berlaku koyak kecil di serat otot dan otot akan mula dibaiki selepas itu.

Kesakitan bukan petanda effektif atau tidak program latihan anda. Ada banyak lagi faktor yang boleh diambil kira. Sebab itu penting untuk kita rekodkan perubahan kita. Adakah selepas seketika ada perubahan pada kita, sama ada daripada berat angkatan, ulangan dan set. Bagaimana pula dengan masa rehat. Adakah kita mampu kurangkan masa rehat? Adakah kita masih ada baki tenaga selepas latihan?

Jadi, tak perlu risau jika tak rasa sakit jika masih ada perubahan, penambaikan pada diri kita.

Boleh ke kita terus bersenam dengan DOMS?

Digalakkan untuk kita latih otot yang lain. Jangan hanya latih otot yang sama sahaja. ‘Digalakkan’, bukan semestinya. Badan kita akan cuba mengadaptasi dengan apa yang kita buat. Sebagai contoh, jika kita berlatih kaki hari ini dan paksa diri latih kaki setiap hari. Lama kelamaan, kaki tak rasa apa dah.

Anda boleh kurangkan kesan DOMS dengan beberapa kaedah seperti rajin membuat regangan, terutama selepas latihan otot tersebut. Tingkatkan pengambilan protein untuk memudahkan pemulihan. Ambil lemak yang baik seperti minyak ikan. Ia bertindak sebagai anti inflamasi.

 

Kursus Kecergasan 2024

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: