Apa Nak Buat Kalau Sakit Pinggang Lepas Squat atau Deadlift?

Sakit pinggang selepas deadlift atau squat? Hmm… Alasan elak buat senaman itu? Jom kita tengok, potensi masalah apa.

Ia mungkin;

1. Paraspinal muscle sprain – Ia dikenali sebagai otot menarik. Bila kita tarik otot terlalu cepat atau kuat, mungkin menyebabkan koyak sedikit. Paraspinal bermaksud otot keliling tulang belakang, kiri dan kanan. Biasa terjadi bila teknik ke laut.

2. Sendi SI tidak berfungsi – SI adalah sendi sacroiliac. Ia menyambungkan tulang pinggul dan spine. Ia boleh tersekat apabila buat ulangan tinggi pergerakan squat atau deadlift terutama bila kekuatan tidak seimbang dengan postur latihan tidak betul.

3. Scioliosis – Masalah ini biasanya membentuk daripada kecil, dan makin teruk apabila dewasa.

4. Kyperkphosis – Biasa dikenali sebagai ‘hunchback‘. Makin menjadi apabila meningkat usia terutama pada mereka dengan masalah densiti tulang, keretakan spinal, masalah genetik atau penyakit degenerative spinal.

5. Bertolott’s syndrome – Masalah tidak normal melibatkan tulang di hujung tulang belakang. Tulangnya mungkin melekat. Ia menyebabkan perubahan daya angkatan yang seterusnya menyebabkan sakit belakang.

6. Spinal stenosis – Ia terjadi apabila spinal canal menjadi sempit. Mungkin disebabkan penyakit degenerative spinal. Ia mungkin mengganggu laluan saraf.

Apa nak buat?

Pastikan anda tiada simptom teruk yang perlukan bantuan perubatan seperti;

– sakit yang sangat teruk
– berat badan jatuh, demam
– sejarah kanser
– masalah neurologik seperti kebas, berjalan tak stabil, lemah
– sejarah jangkitan bakteria
– sejarah penggunaan steroid atau dadah
– pernah buat prosedur melibatkan bahagian spinal

Kursus Kecergasan 2025

Mulakan dengan rehat dan elak aktiviti yang menyebabkan sakit. Buat regangan betulkan semua otot yang terlebih dalam pergerakan squat dan deadlift seperti mobiliti bahagian pinggul. Guna hot pack di bahagian yang sakit.

Betulkan teknik angkatan. Turunkan beban dan lebihkan ulangan. Cuba variasi lain pergerakan itu jika perlu.

Kuatkan teras anda, termasuk bahagian perut dan pinggang. Kuatkan punggung anda. Kebanyakan mereka yang berdepan masalah sakit pinggang ada masalah otot gluteus yang lemah.

Jika masalah berlarutan, jumpa doktor atau terapi fizikal.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Apa Nak Buat Kalau Sakit Pinggang Lepas Squat atau Deadlift?

  1. Mohd shahril says:

    Salam tuan..squat ni boleh kuatkan otot Dan turun lemak ya..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: