Sakit Kepala Lepas Senaman

Kenapa rasa sakit kepala selepas senaman? Sebelum ini saya pernah cerita, kemungkinan penyebab sakit dan loya semasa senaman. Bagaimana pula selepas? Ia bukan perkara yang biasa dan patut dibiarkan. Kebiasaannya sakit kepala ini bertumpu pada sebelah bahagian kepala sahaja tapi ada juga keseluruhan kepala.

1. Exertional Headache

Situasi di mana sakit kepala ini dicetuskan oleh aktiviti fizikal. Ia kebiasaannya apabila buat senaman berintensiti tinggi untuk individu tersebut. Ia biasa digambarkan sebagai sakit yang berpusar dikedua-dua belah kepala. Sakit boleh jadi sekejap, boleh jadi mencecah beberapa hari.

Sakit jenis ini berlaku apabila bersenam sahaja dan ianya biasa berlaku bila bersenam dalam cuaca panas atau di altitud tinggi. Ia terbahagi kepada dua;

Primary exertional headache – Biasa berlaku tanpa sebab. Kebanyakan pakar kata ia mungkin disebabkan pengecilan salur darah apabila bersenam.
Secondary exertional headache – Ia dicetuskan dengan senaman tetapi mungkin disebabkan faktor dalaman yang lain seperti jangkitan sinus, tumor dan sebagainya. Biasanya jenis ini datang dengan symptom susulan seperti muntah, masalah penglihatan, leher dan sebagainya.

Ada juga yang memanggilnya exercise-induced migraines.

2. Dehidrasi

Anda mungkin kekurangan air disebabkan senaman. Senaman buat seseorang berpeluh dan ada kemungkinan anda tak minum air mencukupi sehingga berlaku dehidrasi. Biasanya sakit kepala merupakan tanda awal dehidrasi. Symptom lain termasuk, keletihan melampau, kencing yang kurang, kulit dan mulut kering, dan sebagainya.

Masalah dehidrasi mungkin membawa kepada masalah lain seperti tekanan darah rendah, jantung berdegup laju, lebam di mata, demam dan sebagainya termasuk mati.

3. Terlalu Lama Berpanas

Ada orang yang sakit kepala apabila terlalu lama terdedah pada cuaca panas. Cuba bersenam malam dan tengok perbezaannya. Cuma di kala PKP ini tak boleh bersenam malam di luar.Kursus Kecergasan 2021

4. Rendah Gula

Gula terlalu rendah atau pun dipanggil hipoglisemia juga boleh menyebabkan sakit kepala. Tanda-tanda lain hipglisemia termasuk menggigil, rasa lapar melampau, berpeluh, penglihatan terganggu, perubahan personaliti dan sebagainya.

5. Postur Tak Betul

Postur senaman tak betul boleh menyebabkan ketegangan otot yang boleh membawa ke sakit kepala terutama yang melibatkan pergerakan leher dan bahu. Angkat berat, tekan tubi, crunches dan berlari boleh menyebabkan tekanan pada leher jika tidak dilakukan dengan betul.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Sakit Kepala Lepas Senaman

  1. As salam dato, sy nk mtk pndapat dato.. Sy adam, umur 33, berat 92 kg, tinggi 170 cm.. Bmi sy 32%. Trget sy nk dptkan berat 75 kg.
    Bmr sy 1750 kalori.. Kalori intake sy utk sehari dlm 2000 kalori..40% protein, 40% karbo, 20% fat… Setiap pagi sy akan buat weight training dlm 40 mnit dan lepas tu jogging dlm 50 mnit.. Dlm pkol 2 plak sy buat lg weight training dlm 40 mnit.. Jmlah kalori yg dibakr utk buat semua aktiviti tu dlm 1000 kalori, sy dpt bcaan tu guna fittnes tracker watch.. Soalan sy, adakah betul pengambilan kalori sy tu? Harap dato dpt mmbntu, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: