Tisu Lemak
Adakah lemak bertambah bermaksud sel lemak bertambah?
Sel lemak bertambah hanya ketika kita kecil dan remaja. Ianya stabil apabila kita dewasa. Disebabkan itu, sebenarnya sangat bahaya kanak-kanak menjadi gemuk. Sel lemak hanya berubah satu arah iaitu naik. Ia tidak menurun. Saiz sel lemak boleh bertambah dan berkurang.
Sebagaimana sel-sel lain dalam badan kita, sel lemak juga boleh mati. Apabila mati, ia akan digantikan dengan sel baru. Sekitar 10 peratus sel lemak mati setiap tahun dan ianya digantikan pada kadar yang sama.
Di kalangan mereka yang buat pembedahan bariatric sekalipun, jumlah sel lemak masih sama. Liposuction mampu mengurangkan jumlah sel lemak, akan tetapi kajian menunjukkan peningkatan kembali berat badan biasanya berlaku dalam tempoh setahun. Belum diketahui sama ada jumlah sel lemak bertambah kembali atau sel lemak membesar.
Kajian menunjukkan, mereka yang gemuk memiliki sel lemak yang lebih tinggi berbanding yang kurus. Jika mereka berjaya mengurangkan berat badan sekali pun, mereka cenderung untuk tambah kembali disebabkan jumlah sel lemak yang lebih tinggi. Hipotesis kajian mengatakan bahawa, apabila mereka berjaya menurunkan berat badan, jumlah sel lemak masih sama, akan tetapi mengecil lebih kecil daripada mereka yang kurus. Disebabkan ianya kecil, ia mungkin merembeskan isyarat untuk meningkatkan selera makan dan penyimpanan lemak.
Lemak tidak bertukar menjadi otot. Karbohidrat menarik lemak ke bentuk asid lemak bebas yang mana akhirnya akan digunakan sebagai tenaga. Jika tidak digunakan, iakan akan disimpan kembali dalam bentuk lemak.




