Ujian Diabetes – HbA1c

Pernah dengar ujian HbA1c atau glycohemoglobin? I adalah ujian untuk diabetes. Nama penuhnya hemoglobin A1c adalah ujian untuk tengok purata gula dalam darah sepanjang 2 hingga 3 bulan. Ia tak sama dengan ujian gula titis darah yang dibuat setiap hari. Itu anda boleh tipu dengan kaedah seperti mengambil makanan tambahan berasaskan peria dan sebagainya. Nampak saja gula rendah, terus rasa seronok nak makan lebih hari itu.

Mereka yang ada diabetes kena buat ujian HBA1c secara berkala 2 hingga 3 bulan sekali.

Apa itu hemoglobin

Ia adalah protein yang dijumpai dalam sel darah merah. Ia beri warna merah pada darah. Fungsinya untuk bawa oksigen ke seluruh badan.

Bagaimana ujian ini bekerja

Gula dalam darah dipanggil glukosa. Ia akan diikat dengan hemoglobin. Ujian A1c akan tengok berapa banyak glukosa yang diikat. Sel darah merah hidup sekitar 3 bulan. Jadi ujian ini akan tengok purata paras glukosa dalam darah untuk 3 bulan.

Mereka tanpa diabetes, paras hbA1c adalah antara 4 hingga 5.6 peratus. Manakala prediabetes antara 5.7 hingga 6.4 peratus. Lebih daripada itu bermaksud anda ada diabetes.

Kursus Kecergasan 2021

Mereka dengan penyakit seperti anemia, masalah buah pinggang, dan hati, mungkin dapat keputusan tak tepat disebabkan masalah pada hemoglobin. Manakala, pengambilan makanan tambahan seperti vitamin C, E dan paras kolestrol yang tinggi juga ganggu keputusan ujian.

Bagaimana nak buat ujian hbA1c? Biasanya ia termasuk dalam pakej ujian perubatan. Anda boleh ke mana-mana klinik atau makmal untuk ujian tersebut.

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: