Diet Hari Raya Tanpa Kira Kalori: Zimbabwe Hand Jive

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad telah membuat pengumuman rasmi berkenaan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang jatuh pada tanggal 22hb April tahun 2023. Agak membebankan kalau ramai antara kita yang mengira kalori dengan menimbang rendang ayam dan ketupat pada Hari Raya Aidilfitri. Ada satu cara yang boleh membantu kita dalam menjaga pemakanan kita sambil menikmati makanan Hari Raya yang enak, jom cuba diet Zimbabwe Hand Jive yang akan dijelaskan secara terperinci dalam artikel ini.

Pemakanan yang sihat merupakan satu aspek yang penting dalam mengekalkan gaya hidup yang sihat. Terdapat banyak aplikasi telefon pintar yang membantu kita dalam mencatat makanan yang ditimbang terutama saat kita ingin menurunkan berat badan. Peraturan emas atau the golden rule untuk diet adalah energy balance. Peraturannya mudah yaitu kalau kita makan atau mengambil lebih banyak kalori dari kalori asas kita maka berat kita akan naik dan pemgambilan kalori yang lebih rendah berbanding kalori asas kita akan menyebabkan penurunan berat badan.

Kursus Kecergasan 2024

 

Artikel hari ini akan fokus kepada diet cutting atau diet untuk membantu dalam penurunkan berat badan dengan mengurangkan jumlah kalori yang kita makan tanpa mengira atau menimbang makanan. Mengira kalori boleh menjadi satu proses yang menyusahkan. Mengira kalori juga merupakan proses yang kadang-kadang kurang tepat disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktornya adalah label makanan tidak tepat, kaedah penyediaan makanan yang berbeza dan tidak semua makanan diserap dengan kadar yang sama dalam tubuh kita. Namun, portion control atau mengawal porsi makanan menjadi aspek yang penting dalam menurunkan berat badan, menurunkan kadar peratus lemak atau menambah massa otot.

Zimbabwe Hand Jive adalah diet yang dicipta oleh Dr. Kazzim Mawji dari Zimbabwe. Beliau mencipta teknik ini untuk membantu penghidap diabetes untuk mengetahui saiz porsi makanan dengan mudah. Diet ini juga mudah untuk dididik kepada kumpulan atau individu yang tidak mempunyai ilmu yang berkaitan dengan pemakanan atau kesihatan serta kaedah ini juga digunakan di seluruh dunia. Ia menggunakan tangan anda sebagai alat ukuran untuk mengukur saiz bahagian karbohidrat, lemak, protein dan sayur-sayuran yang diambil.(1, 2)

Berikut adalah porsi makanan dengan menggukan kaedah Zimbabwe Hand Jive: –

• 1 genggam tangan atau penumbuk tertutup = 1 porsi karbohidrat
• 1 ibu jari = 1 porsi lemak seperti minyak masak atau kuning telur
• 1 telapak tangan = 1 porsi protein seperti ayamm ikan atau putih telur
• 2 tangan berbekam = 1 bahagian sayuran atau buah-buahan

Porsi makanan diatas adalah digunakan untuk satu hidangan porsi makanan seperti sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Setiap individu menpunyai metabolisme dan berat badan yang berbeza. Individu yang lebih besar cenderung mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi dan memerlukan pengambilan kalori yang lebih tinggi. Kebaikan cara pemakanan menggukan sistem ini adalah mereka juga cenderung mempunyai tangan yang lebih besar. Sebaliknya orang yang lebih kecil cenderung mempunyai kadar metabolisme yang lebih rendah, memerlukan pengambilan kalori yang lebih rendah dan mempunyai tangan yang lebih kecil. (1, 3)

Individu yang mempunyai kadar aktiviti fizikal yang lebih tinggi boleh mengambil porsi seperti yang dijelaskan diatas (2 penumbuk tertutup untuk karbohidrat, 2 ibu jari sumber lemak, 1 tapak tangan untuk sumber protein dan 2 cawan sayur) dan individu yang lebih sedentary atau tidak melakukan aktiviti fizikal yang banyak boleh mengurangkan porsi yang dijelaskan kepada separuh. (1/2 penumbuk tertutup untuk karbohidrat, 1/2 ibu jari sumber lemak, 1 tapak tangan untuk sumber protein dan 2 cawan sayur). (1, 3)

Maka, sesiapa yang malas  mengira kalori boleh mencuba kaedah ini. Kaedah ini juga sesuai untuk mendidik kanak-kanak remaja atau individu yang baru bermula diet. Individu atau sesiapa yang arif dalam mengira kalori dan berjaya mengikuti secara disiplin cara diet lain yang effektif kepada mereka tak perlu menggunakan kaedah ini. Tidak perlu membaiki sesuatu yang efektif dan tidak rosak. Saya berharap agar artikel ini membantu. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 kepada semua.

1. Puri IY, Mohd Yusof B-N, Abu Zaid Z, Ismail A, Haron H, Lipoeto NIJN. Currents Nutritional Practices of Nutritionists in the Management of Type 2 Diabetes Patients at Public Health Centres in Padang, Indonesia. 2021;13(6):1975.
2. Yusof B-NM, Hasbullah FY, Shahar ASM, Omar N, Zaid ZA, Mukhtar F, et al. Changes in dietary intake improve glycemic control following a structured nutrition therapy during Ramadan in individuals with type 2 diabetes. 2021;46:314-24.
3. Abu Zaid Z, Ismail A, Haron H, Lipoeto N. Currents Nutritional Practices of Nutritionists in the Management of Type 2 Diabetes Patients at Public Health Centres in Padang, Indonesia. Nutrients 2021, 13, 1975. s Note: MDPI stays neutral with regard to jurisdictional claims in published …; 2021.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: