Delay Onset Muscle Soreness Jun14

Kongsi

Delay Onset Muscle Soreness

Delay Onset Muscle Soreness atau DOMS dirasai oleh semua termasuk atlet 24-48 jam selepas latihan intensif. DOMS yang dirasai samada ringan atau sangat sakit bergantung pada keadaan individu dan latihan yang dilakukan. DOMS berbeza dengan sakit otot yang dirasai serta merta selepas latihan. Sakit selepas laihan adalah disebabkan peningkatan ion hidrogen yang berkaitan dengan pengumpulan asid laktik atau edema yang membina cecair dalam rangkaian tisu.

Kursus Kecergasan 2017

Kajian menunjukkan kekuatan essentrik otot lebih tinggi daripada kekuatan konsentrik otot. Sebagai contoh, kita tengok biceps curl, bila mengangkat bebanan ke atas kita dapat mengangkat sejumlah berat (konsentrik) tetapi ketika turunkan beban, kita dapat mengangkat lebihan bebanan (eksentrik). Hasil kajian mencadangkan bahawa tindakan otot statik dan konsentrik menyebabkan sedikit atau tiada rasa sakit tertunda jika dibandingkan dengan eksentrik.

Adakah sakit sehingga tangan tidak boleh lurus setelah melakukan biceps curl itu dipanggil DOMS? Bukan, ia adalah disebabkan terlebih menggunakan tendon sehingga tendon memendek dan menarik tangan sehingga rasa sakit ketika hendak meluruskannya. Boleh dimasukkan dalam kategori terlebih latihan. Berapa lamakah kebiasaanya DOMS? Jika rasa sakit melebihi 5 hari, dapatkan nasihat doktor. Ada kemungkinan tisu otot koyak dan jika diteruskan akan memudaratkan.

Kenapa terjadi DOMS? Latihan yang berat akan meransang sistem kekebalan badan. Jumlah sel darah putih meningkat berikutan aktiviti berat. Keadaan ini menimbulkan hipotesis bahawa DOMS adalah disebabkan oleh inflamasi pada otot. Kajian menunjukkan kerosakan struktur jaringan otot mengarah terjadinya DOMS yang mana mengarah ke necrosis (kematian sel) memuncak sekitar 48 jam selepas latihan.Intraselular dan hasil daripada tindak balas sistem imunisasi terakumulasi di luar sel dan meransang saraf di otot-otot.

Mengurangkan DOMS

Tiada kajian yang benar-benar menunjukkan cara menggurangkan DOMS dan mempercepat pemulihan otot tetapi beberapa cara digunapakai dan cara-cara ini berkesan untuk sesetengah orang dan ada kemungkinan tidak berkesan. Antaranya melakukan regangan selepas latihan, cryotherapy (mandi ais atau mengunakan beg ais). Vitamin C juga memainkan peranan dalam pemulihan tisu namun tidak disahkan melalui ujian klinikal. Mengambil vitamin C dalam dos yang besar adalah tidak digalakkan dan boleh membahayakan.

 

Biceps Curl

 

Orang Baru

Bagi mereka yang baru memulakan latihan, DOMS adalah perkara biasa tetapi juga boleh jadi tidak baik. Mereka yang baru mulakan latihan kebiasanya cenderung untuk berlatih secara berlebihan melebihi kemampuan diri lebih-lebih lagi lelaki yang baru memulakan latihan di satu gymnasium yang penuh dengan perempuan-perempuan. Ketika itulah tenaga superhero keluar dan hasilkan menyebabkan kesakitan melampau dan terus berhenti berlatih. Ataupun dalam situasi datang gym dengan semangat ingin kurus, betul-betul ingin kurus, hari pertama berlatih macam dah berlatih bertahun-tahun. Selepas 24 jam, tangan, kaki tak boleh lurus. Bila batuk sikit, sakit perut dan sebagainya. Mulakan latihan dengan pengenalan kepada latihan bebanan dahulu. Belajar cara-cara melakukan sesuatu pergerakan dengan betul sebelum memulakan program latihan yang dirancang.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube