Gout Feb12

Kongsi

Gout

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Kursus Kecergasan 2017Kebiasaanya rawatan dilakukan dengan ubat anti-radang, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), steroid atau colchicine. Setelah kesakitan menurun, tahap asid urik biasanya menurun melalui perubahan gaya hidup. Meraka yang selalu kena gout biasanya diberi allopurinol atau probenecid untuk pencegahan.

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Majoriti kes daripada masalah buah pinggang manakala minoriti disebabkan pemakanan. Saya taknak bercerita pasal masalah buah pinggang, genetik dan sebagainya dahulu.

Ada orang kata, orang yang aktif bersenam dan ahli bina badan berisiko dapat gout disebabkan pengambilan protein yang tinggi. Betul ke? atau secara lebih tepat, gout disebabkan makanan yang tinggi kandungan purine. Secara amnya mereka yang aktif atau seorang atlet bina badan memerlukan protein yang tinggi dan secara kebetulan kebanyakan jenis protein tinggi purine.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Apakah makanan yang tiada purine? Telur dan produk tenusu tinggi protein tetapi tiada purine bergantung pada campurannya. Produk susu seperti yogurt dan keju mengandungi purine disebabkan bakteria yang hadir semasa proses penapaian. Walaubagaimana pun, kandungan purine nya terlalu sedikit. Purine diperlukan badan tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Mereka dengan risiko gout disebabkan beberapa faktor masih boleh mengambil protein yang tinggi, cuma perlu kurangkan protein yang tinggi purine. Dalam masa yang sama, mereka perlu mengambil makanan tinggi vitamin C. Nenas berkesan untuk pesakit gout. Omega-3 dalam minyak ikan, minyak flaxseed boleh membantu mengurangkan kesakitan disebabkan keradangan. Bagaimana dengan produk makanan tambahan? Mereka boleh mengambil protein whey cuma perlu dielakkan kebanyakan produk weight gainer.

Bersambung

Gout 2

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube