Kursus Instruktor Aerobik 9-13 April 2012

Jika anda berminat untuk sertai Kursus Instruktor Aerobik di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dianjurkan di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, satu kursus akan diadakan pada 9 hingga 13 April ini.

Kursus Kecergasan 2021Tarikh : 9 – 13 April 2012
Tempat : Bangunan Palapes dan Suksis, UKM Bangi

Hantarkan penyertaan anda sebelum 6 April 2012 dengan mengembalikan semula borang secara faks ke Unit Pembangunan Insaniah, UKM di talian +603 8921 5435. Ada bayaran dikenakan untuk makanan dan sebagainya. Hubungi Alia di talian +6019 2235 223 untuk maklumat lanjut.

Muat Turun Borang Pendaftaran

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

32 thoughts on “Kursus Instruktor Aerobik 9-13 April 2012

    1. haha. berminat nak masuk. mesti byk awek ni. tp ada exam la 12hb tu.

      1. takut muka sama jer heheeh

  1. Kursus instructor utk combat training xde ke?

  2. Kursus untuk gym instructor wanita ade..

  3. kursus ni amek masa pg je ke or cm mana ek? ke direct 4 hari kna tdo kt UKM??

  4. Joe Terry says:

    mcm berminat je……asrma diberikan ke?huhu

  5. kalau dekat sabah..ada ker…sya berminat nak join..

  6. salam dato’

    kat penang xde ke kursus mcm nie atau kursus instructor gym…nak ke sana agak jauh..

    1. klu ada apa2 kursus belah sini,harap dato inform la…kot2 blh join skali..huhu

  7. bro,sorry keluar tajuk sikit….ijazah sains sukan kalau tamat tahap 3 adakah diiktiraf oleh kerajaan malaysia or JPA?

  8. aduhh kursus yg ditunggu2 trlepas pulak..

  9. Mommy Qaseh says:

    salam…. kursus instruktor aerobik xda lg ke????

  10. mie besibaru says:

    huhu nk kna tunggu tahun depan la plak ni? klu dpt tahap 1 pon kira ok dh!

  11. in ada kursus instruktor senamrobik lagi…let me know k…email me pls 😉

  12. mie besibaru says:

    Alhamdulillah tercapai gak nk amek kursus gym intructor kt FIT Innovation (M), tq dato sbb bg jalan..

  13. saya penjawat awam boleh ke ikut kursus untuk jurulatih olahraga ..dimana saya boleh ikuti kursus tersebut

    1. boleh. utk olahraga kena melalui persatuan. cuba check di majlis olimpic malaysia. officenya di wisma OCM. berdekatan stadium merdeka.

  14. Assalamualaikum,
    Saya sgt berminat utk ambil kursus instruktor aerobik tahap 1 tp asyik terlepas tarikh je.. kalau ada pun tempat yg yuran dia mahal sgt.. kalau ada kursus instruktor aerobik mcm ni lg mohon maklumkan ye.. TQVM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: