Makanan Tambahan Patut Diambil? Mar15

Kongsi

Makanan Tambahan Patut Diambil?

“Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?”

“3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?”

“Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?”

“Saya patut ambil whey atau gainer?”

“Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?”

“Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?”

Kursus Kecergasan 2017Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey, weight gainer, dan mass gainer? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri Ringkasan Makanan Tambahan sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

Kalau kita kaji balik, zaman sebelum ini, zaman Arnold Schwarzenegger. Ketika itu, kalau ada supplement pun cuma daripada Weider. Itu pun tak ramai yang mampu. Akan tetapi badan masih menjadi. Kini ada terlalu banyak supplement dengan pelbagai nama pelik tetapi belum tentu badan menjadi. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan makanan tambahan yang menjanjikan pelbagai keuntungan. Tiada pil atau susu ajaib untuk dapatkan badan yang diingini.

Berbalik kepada persoalan tadi, perkara pertama perlu tahu tidak kira apa sasaran latihan adalah jumlah kalori yang diperlukan dan porsi-porsinya. Berapa gram protein, berapa gram karbohidrat dan berapa gram lemak. Boleh rujuk entri Pelan Pemakanan untuk info lanjut.

Seterusnya perlu belajar bagaimana membaca label pada bungkusan makanan tambahan tersebut. Lihat contoh dibawah;

1. ON Serious Mass
Kalori : 1250
Karbohidrat : 254g
Protein : 50g
Hidangan : 16

Chapter 431.1Chapter 431.2

2. Dymatize Super Mass Gainer
Kalori : 1280
Karbohidrat : 252g
Protein : 52g
Hidangan : 16

Chapter 431.3Chapter 431.4

3. Inner Armour Hard Mass
Kalori : 1277
Karbohidrat : 258g
Protein : 50g
Hidangan : 20

Chapter 431.5Chapter 431.6

4. Anabolic Peak
Kalori : 1280
Karbohidrat : 267g
Protein : 50g
Hidangan : 20

Chapter 431.8Chapter 431.7

5. Masstech
Kalori : 860
Karbohidrat : 155
Protein : 53g
Hidangan : 10

Chapter 431.9Chapter 431.10

6. BSN True Mass
Kalori : 630
Karbohidrat : 70g
Protein : 50g
Hidangan : 18

Chapter 431.11Chapter 431.12

7. ON 100% Whey Gold Standard
Kalori : 120
Karbohidrat : 3g
Protein : 24g
Hidangan : 77

Chapter 431.13

8. Nitrotech
Kalori : 110
Karbohidrat : 3g
Protein : 20g
Hidangan : 53

Chapter 431.14Chapter 431.15

Jadi yang mana terbaik untuk besarkan badan? Berbalik kepada keperluan badan anda, jika anda seorang yang susah nak besarkan badan atau boleh dikategorikan sebagai ectomoth, dicadangkan ambil yang tinggi karbohidrat dan kalori. Sebagai contoh, jika anda perlukan 4000 kalori sehari dan anda berjaya dapatkan daripada sumber solid sebanyak 2800, anda hanya perlu ambil 1 hidangan Serious Mass atau Super Mass Gainer atau Hard Mass atau Anabolic Peak. Kalau ikut 1 hidangan, skopnya mungkin agak besar, bahagikan kepada 2 atau 3 dalam sehari. Jika anda gagal dapatkan solid food sebanyak 2800 mengikut contoh tadi, anda perlu tambah dos hidangan makanan tambahan anda. Seeloknya lebihkan daripada sumber solid daripada makanan tambahan. Susah nak kata yang mana terbaik, anda kena cuba tengok keserasian.

Pengambilan makanan tambahan tinggi karbohidrat mungkin akan menyebabkan perut naik sekali jika tidak diseimbangkan dengan pemakanan. Periksa balik porsi pemakanan anda. Jika dibandingkan antara Serious Mass, Super Mass Gainer, Hard Mass dan Anabolic Peak, Hard Mass dan Anabolic Peak lebih jimat dimana jumlah hidangannya lebih tinggi. Daripada keempat-empat ini, terdapat sedikit aduan dengan Super Mass Gainer. Bukan ianya tidak bagus, cuma ianya tinggi lactose. Mereka dengan masalah lactose cenderung untuk cirit birit. Lihat entri Intoleransi Laktosa.

Manakala Masstech, dan True Mass rendah karbohidrat dan sekali gus rendah kalori. Kenaikannya agak lean berbanding empat yang tadi. Masstech hanya 10 hidangan 1 tong. Jika anda guna 2 hidangan sehari, ianya mampu bertahan untuk 5 hari. Bagaimana dengan whey protein seperti ON 100% Whey dan Nitrotech? Adakah ianya boleh digunakan untuk membesarkan badan? Boleh, dengan syarat karbohidrat anda cukup. Sebelum tanya soalan, apa lagi supplement patut dipakai, lengkapkan dahulu keperluan asas protein, karbohidrat dan lemak badan dahulu.

Lihat sekali entri
Makanan Tambahan Bina Badan
Ringkasan Makanan Tambahan Bina Badan

Bagaimana dengan brand lain? Saya dah ajar cara membaca label, anda boleh cuba baca.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube