Kongsi

Mereka Mati Kerana Steroid

Hari ini saya cuma ingin berkongsi beberapa video.

Kursus Kecergasan 2017Mereka mati kerana steroid. Andreas Munzer (Mr Ripped), Scott Klein, Mohamed Ben Aziza (the Giant Killer), Paul Demayo (Quadzilla), Derrick Whitsett, Mike Mentzer, Don Youngblood. Ada yang pergi seawal usia 30. Mereka semua ada nama dalam dunia bina badan dan disebut sehingga kini. Tetapi jika anda yang suka-suka mengambil steroid untuk membesar dalam masa singkat semata-mata ingin memikat awek, semata-mata ingin pakai baju ketat dan sebagainya, siapa yang akan kenang anda?

Lyle Alzado merakamkan temubual berkenaan penggunaan steroidnya yang mana jadi penyebab kanser otak. Lyle Alzado mati pada 14 May 1992 pada usia 43.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube